Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Lawatan Kerja Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi ke Hospital Shah Alam

Pada 5 Mei 2021 yang lalu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi iaitu YBhg. Datin Dr. Faridah Aryani Binti Md. Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Shah Alam. Lawatan ini turut diiringi oleh Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM iaitu Pn. A’tia Binti Hashim serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor iaitu En. Dzafarullah Bin Daud.
Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mendalami pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di fasiliti ini serta menilai ketersediaan Jabatan Farmasi Hospital Shah Alam dalam menyokong pelaksanaan program imunisasi ini.
Sesi lawatan dimulakan dengan kata-kata aluan dan taklimat ringkas daripada Pengarah Hospital Shah Alam iaitu YBrs. Dr. Ruzita Binti Othman mengenai pengenalan kepada Hospital Shah Alam. Seterusnya sesi lawatan diteruskan dengan taklimat pelaksanaan program imunisasi di Hospital Shah Alam. Buat masa ini, Hospital Shah Alam merupakan Pusat Simpanan Vaksin (PSV) bagi vaksin Coronavac keluaran syarikat Sinovac dan vaksin keluaran syarikat Astra Zeneca. Selain itu, fasiliti ini juga menjadi Pusat Pemberian Vaksin bagi vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer.
Kemudian rombongan lawatan telah dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin di fasiliti ini bagi meninjau keadaan sebenar pelaksanaan program imunisasi ini. Buat masa ini, vaksinasi masih dijalankan ke atas front liners serta kakitangan perkhidmatan sokongan hospital. Program imunisasi fasa 2 bagi pesakit berisiko tinggi dijangka akan bermula pada 7 Mei 2021.
Ahli rombongan turut ditunjukkan ruang penyimpanan vaksin serta peralatan-peralatan yang digunakan bagi mengangkut vaksin dari PSV ke fasiliti. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan selesai pada jam 11 pagi.
Dilaporkan oleh,
Seksyen Perkembangan Infrastruktur,
Cawangan Perkembangan Infrastruktur dan Kualiti Farmasi.
- 2106 bacaan