- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PENJUALAN RACUN DALAM MAKANAN HAIWAN DI BAWAH AKTA RACUN 1952
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun dalam makanan haiwan iaitu untuk melarang penjualan empat belas (14) racun dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan, selaras dengan cadangan fasa pertama ‘phasing out antimicrobial’ oleh pihak DVS.
Sehubungan itu, berikut adalah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Bahagian ini bagi permohonan pembaharuan/ baharu lesen di bawah Akta Racun 1952 bermula tarikh kuatkuasa lesen 1 Januari 2023 seperti di bawah :
- Pegawai Pelesenan tidak akan mempertimbangkan permohonan empat belas (14) racun dalam makanan haiwan dalam permohonan Lesen Jenis B sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan penyakit seperti yang telah dicadangkan oleh pihak DVS bagi Lesen Jenis B berkuatkuasa tahun 2023 dan seterusnya lima (5) racun secara berfasa bagi Lesen Jenis B berkuatkuasa tahun 2024 dan tahun 2025 seperti di Lampiran A.
- Pemohon Lesen Jenis A dan Lesen Jenis B yang mengendalikan racun dalam makanan haiwan akan diminta mengemukakan Lesen Import dan/atau Sijil Pendaftaran Pembuat dan/atau Sijil Pendaftaran Penjual (yang mana berkaitan) yang masih sah sebagai dokumen sokongan tambahan semasa mengemukakan permohonan lesen di bawah Akta Racun 1952.
Keputusan untuk melarang penjualan racun dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan penyakit berdasar syor pihak DVS ini tidak akan merubah peruntukan sedia ada di bawah seksyen 19(1)(c) Akta Racun 1952 yang membenarkan doktor veterinar membekal, menjual atau administer semua jenis racun kecuali racun kumpulan A di bawah Akta Racun 1952 untuk tujuan rawatan haiwan.
Surat rasmi pemakluman kepada pihak persatuan berkaitan perkara ini adalah seperti di lampiran.
Sekian, harap maklum.
- 1694 bacaan




