Pemakluman Kontrak Pembekalan Label Keselamatan Dan Pengurusan Sistem Penjejakan Dan Pengesanan (Pharmaceutical Track & Trace System - PTTS) Produk-Produk Farmaseutikal Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 30 September 2025
Sumber: 
Program Perkhidmatan Farmasi

Kontrak pembekalan label keselamatan hologram bagi produk berdaftar oleh syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd tamat tempoh pada 30 September 2025.

Kontrak baharu untuk Pembekalan Label Keselamatan Dan Pengurusan Sistem Penjejakan Dan Pengesanan (Pharmaceutical Track & Trace System - PTTS) Produk-Produk Farmaseutikal Yang Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dilaksanakan oleh syarikat Netsmart Sdn Bhd, berkuatkuasa pada 1 Oktober 2025 untuk tempoh enam (6) tahun.

Bersama-sama ini disertakan surat makluman tersebut untuk rujukan/perhatian pihak Tuan/Puan.

Untuk urusan Label Keselamatan, sila akses pautan berikut: https://farmatag.moh.gov.my/web/login