- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Ulasan Laporan "Hong Kong Health Department Recalled Tian Ma Wan Containing High Level Of Lead"
Menurut laporan akhbar ini, Jabatan Kesihatan Hong Kong telah mengarahkan pengilang Lian Heng Hang memanggil balik produk “Fung Chen Brand” Tian Ma Wan dari pasaran kerana produk terbabit telah dikesan mengandungi paras plumbum 1.7 kali ganda dari tahap yang dibenarkan. Pengambilan produk yang mengandungi plumbum yang tinggi dalam jangka panjang boleh menyebabkan anemia, kerosakan pada sendi, otak dan buah pinggang.
Semakan mendapati produk “Fung Chen Brand” Tian Ma Wan yang dilaporkan merupakan produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan PBKD kerana kualiti dan keselamatannya tidak terjamin. Sesiapa yang ada mengambil produk ini dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya serta merta.
Orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my. Sekiranya didapati terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian 03-7841 3200/3396 atau e-mel pharmacy1@moh.gov.my.
- 4638 bacaan




