International Conference on Education & Practice 2016 (29-31 Januari 2016)

ICPEP-landscape-poster-600-300.jpeg
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 29 Januari 2016 hingga Ahad, 31 Januari 2016
Lokasi/tempat: 
Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi Pulau Pinang
Kategori agenda: 

Tuan/ Puan,

INTERNATIONAL CONFERENCE ON PHARMACY EDUCATION & PRACTICE (ICPEP 2016) – “IMPROVING PATIENT CARE THROUGH INTEGRATION OF EDUCATION AND PRACTICE”
 
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Farmasi Hospital Pulau Pinang akan menganjurkan International Conference on Pharmacy Education and Practice dengan tema ‘Improving Patient Care through Integration of Education and Practice’ pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 29 - 31 Januari 2016
  • Tempat: Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi Pulau Pinang

 
3.         Sehubungan dengan ini, kami memohon jasa baik tuan/puan untuk menghebahkan pengumuman ini kepada semua anggota dibawah jagaan tuan/puan. Kami juga memohon agar pihak tuan/puan dapat mewar-warkan persidangan ini melalui laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

4.         Bersama-sama ini disertakan sebagai lampiran, pamphlet hebahan International Conference on Pharmacy Education & Practice 2016 bersama maklumat penyertaan untuk makluman pihak tuan/puan.

5.         Pihak penganjur turut menawarkan harga promosi bagi semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berminat untuk menyertai persidangan ini, iaitu RM 500 untuk seorang peserta bagi pakej pendaftaran berkelompok. Syarat untuk pakej pendaftaran berkelompok adalah;

  • pendaftaran dilakukan sebelum persidangan (tiada tawaran ini untuk on-site registration)
  • pendaftaran dan bayaran yuran mestilah dilakukan secara berkumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya LIMA (5) orang peserta dari setiap negeri.

6.         Maklumat lanjut persidangan ini boleh didapati dari laman web berikut http://www.icpep2016.com. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi  04-6534735 atau emel icpep2016@gmail.com

7.         Diharap penawaran pakej pendaftaran berkelompok akan menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan secara tidak langsung memangkin lebih percambahan idea dari segi amalan dan praktis ke bidang akademik dan sebaliknya. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
 
(DR BAHARUDIN BIN IBRAHIM)
Pengerusi International Conferance on Pharmacy Education and Practice 2016,
Pusat Pengajian Sains Farmasi,
Universiti Sains Malaysia.

Urus setia: 
Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia.
Fail-fail muat turun: 

Semak Agenda Yang Terdekat

Tiada sebarang agenda dalam masa terdekat.