Awam

Program Kenali Ubat Anda

Aktiviti Penggunaan Ubat Berkualiti bertujuan memastikan pengguna mengambil ubat-ubatan secara rasional.

Aktiviti ini menekankan amalan 5B iaitu:

1. Pengguna Ubat yang Betul

2. Ubat yang Betul

3. Dos yang Betul

4. Cara Pengambilan Ubat yang Betul

5. Masa Pengambilan Ubat yang Betul

Pembatalan Pendaftaran Dua (2) Produk Tradisional

Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan mengguna dua (2) produk tradisional berdaftar iaitu Kapsul Benkwat Ginseng Plus 500 mg (MAL07031076T) dan JT Cordyceps Mycelium (MAL09080820T) yang telah dikesan mengandungi bahan campur palsu.  Produk Kapsul Benkwat Ginseng Plus 500 mg telah dikesan mengandungi yohimbine, manakala produk JT Cordyceps Mycelium dikesan mengandungi thiodimetylsildenafil.

Garis Panduan Perkhidmatan Farmasi Selepas Waktu Pejabat Di Klinik Kesihatan KKM

Garis panduan ini digunapakai oleh jabatan/unit farmasi di klinik kesihatan yang melaksanakan Perkhidmatan Selepas Waktu Pejabat

Melayu

Garis Panduan Go Green- Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik

Garis panduan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pemeliharaan / pemuliharaan alam sekitar dengan pengurangan penggunaan beg plastik seterusnya memansuhkan pemberian beg plastik di semua fasiliti farmasi KKM.

Melayu

Garispanduan Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik

Garispanduan ini sebagai rujukan untuk kempen Go Green yang dijalankan bagi mewujudkan kesedaran untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan seterusnya memansuhkan penggunaannya di fasiliti farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Melayu

Info Pengguna Farmasi

Video ini memberi maklumat tentang beberapa ubat palsu yang dijumpai di pasaran.

Melayu

Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

Buku Rawatan Warfarin (2026) ialah panduan ringkas untuk pesakit yang menjalani rawatan warfarin. Ia mengandungi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pesakit seperti fungsi warfarin, interaksi ubat dan makanan serta tanda-tanda kesan sampingan.

Melayu

Halaman-halaman