Staf

Penghantaran Borang Pencalonan Abstrak Projek KIKF2015

Sila layari laman rasmi Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2015 di http://www.pharmacy.gov.my/kikf2015 untuk maklumat lanjut.

Lokasi/tempat: 
www.pharmacy.gov.my/kikf2015
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 1 March 2015 hingga Rabu, 1 April 2015

KARNIVAL FARMASI 2014 - " PAKAT MAI KENAI UBAT"

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan akan menganjurkan Karnival Farmasi 2014 dengan tema "Pakat Mai Kenai Ubat" pada 1 November 2014 bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang Kedah. Semua hadirin dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran ubat-ubatan, cabutan bertuah dan hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Lokasi/tempat: 
Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang Kedah
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 1 November 2014

Hari Farmasi Sedunia - 25 September 2014

Bertemakan "ACCESS TO PHARMACISTS IS ACCESS TO HEALTH".

Kenali Ubat Anda: Jom Kenal Ubat

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat tentang ubat-ubatan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-6722 (Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan) setiap hari Isnin hingga Jumaat (jam 8.00 pagi - 5.00 petang).

Melayu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

Senarai Pegawai Farmasi KKM yang telah Lulus Peperiksaan 'Good Clinical Practice' (GCP)

Good Clinical Practice (GCP) ialah satu piawaian antarabangsa berkenaan etika dan kualiti saintifik dalam mereka bentuk, melaksana, mendokumen dan melaporkan penyelidikan kajian klinikal (clinical trial) yang melibatkan manusia. Pensijilan GCP ialah keperluan yang wajib dimiliki oleh penyelidik yang ingin terlibat dalam penyelidikan kajian klinikal.

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Majun Burung Unta

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAJUN BURUNG UNTA.

Protocol Haemophilia Medication Therapy Adherence Clinic (HMTAC)

Protokol ini boleh diguna pakai oleh Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menawarkan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Hemofilia. Ia memberi panduan kepada Pegawai Farmasi dalam mendidik pesakit tentang pengurusan Hemofilia dan ubat-ubatan yang digunakan serta kepatuhan kepada rawatan ubat-ubatan, penilaian risiko pendarahan, dan mengenal pasti serta menyelesaikan masalah berkaitan ubat-ubatan.

Melayu

Pertandingan Mencari Ikon Sahabat Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedang mengadakan pertandingan bagi merekacipta ikon rasmi Sahabat Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka.  Ikon tersebut mestilah sinonim dan mudah dikaitkan dengan negeri Melaka, ubat-ubatan serta peranan Sahabat Farmasi sebagai agen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan ubat-ubatan.

Penyertaan dibuka dari 2 Jun 2014 sehingga 31 Julai 2014.

Ciptaan karya mestilah:

Halaman-halaman