Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu yang ditawarkan ini menyediakan kemudahan alternatif untuk pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka di luar kawasan farmasi. Melalui cara ini, pesakit yang berdaftar hanya perlu memaklumkan pihak farmasi melalui kad temujanji, telefon atau SMS tentang tarikh untuk datang bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji. Oleh yang demikian para pesakit tidak perlu menunggu lama  dan juga tidak perlu bersusah payah mencari ruang parkir.

Berikut adalah senarai fasiliti yang menyediakan perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu:

i) Hospital

  1. Hospital Pulau Pinang
  2. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah
  3. Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah
  4. Hospital Kulim, Kedah
  5. Hospital Jerantut, Pahang
  6. Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Pahang
  7. Hospital Melaka
  8. Hospital Tuanku Ja'afar, N Sembilan
  9. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan
  10. Hospital Queen Elizabeth, Sabah
  11. Hospital Keningau, Sabah
  12. Hospital Taiping, Perak
  13. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
  14. Hospital Kemaman, Terengganu
  15. Hospital Sultanah Fatimah, Johor
  16. Hospital Batu Pahat, Johor
  17. Hospital Sultanah Aminah, Johor
  18. Hospital Kuala Lumpur

ii) Klinik kesihatan (KK)

  1. KK Seremban, Negeri Sembilan
  2. KK Seremban 2, Negeri Sembilan
  3. KK Senawang, Negeri Sembilan
  4. KK Ampangan, Negeri Sembilan
  5. KK Rantau, Negeri Sembilan
  6. KK Sendayan, Negeri Sembilan
  7. KK Desarhu, Negeri Sembilan
  8. KK Bukit Kuda, Selangor
  9. KK Sg Chua, Selangor
  10. KK Peringgit, Melaka
  11. KK Bandar Alor Star, Kedah
  12. KK Taiping, Perak
  13. KK  Mahmoodiah, Johor
  14. KK Taman Universiti, Johor
  15. KK Taman Seri Orkid, Johor
  16. KK Sultan Ismail, Johor
  17. KK Luyang, Sabah
  18. KK Putatan, Sabah

(Senarai dikemaskini Sept 2014)