Staf

Borang Keizinan Untuk Menjalani Rawatan Dengan Ubat/Indikasi Tidak Berdaftar (Off-Label)

Borang ini perlu diisi oleh pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ingin menggunakan ubat/indikasi yang tidak berdaftar dengan mana-mana badan regulatori di seluruh dunia dalam rawatan pesakit. Pesakit perlu diberikan penerangan sepenuhnya mengenai rawatan dengan ubat tersebut sebelum keizinan pesakit diperolehi dengan menandatangani borang yang dilampirkan. Borang yang telah diisi hendaklah disimpan di dalam rekod pesakit.

Melayu

Kursus Pertengahan Farmakoekonomik

Objektif:

Melatih dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang penilaian ubat secara farmakoekonomik bagi penyenaraian ubat ke dalam formulari ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM).

Maklumat lanjut:

Boleh berhubung dengan urusetia di Seksyen Formulari dan Farmakoekonomik di talian 03-78413614 (Pn. Hariana Haris).

Tarikh aktiviti: 
Rabu, 21 Ogos 2013 hingga Khamis, 22 Ogos 2013

Kursus Pembangunan Integrasi Modal Insan untuk Anggota Perkhidmatan Farmasi

Lokasi/tempat: 
Rumah Peranginan Pengkalan Hulu, Perak
Tarikh aktiviti: 
Ahad, 18 November 2012 hingga Jumaat, 23 November 2012

Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

Ahli Farmasi Provisional (PRP) hanya dibenarkan menjalani latihan provisional di premis latihan yang tersenarai dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951. Premis bagi latihan PRP terbahagi kepada premis latihan di bawah KKM dan Liberalisasi seperti berikut:

Lembaga Iklan Ubat

Lembaga Iklan Ubat (LIU) ditubuhkan menurut peruntukan di bawah Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Lembaga ini ditubuhkan bertujuan untuk berbincang mengenai permohonan kelulusan iklan-iklan ubat dan perkhidmatan yang diterima dan atas budi bicara, Lembaga boleh:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

 

Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi

Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi (A&P) bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju.

Halaman-halaman