Staf

Apakah format soalan Peperiksaan Perundangan Farmasi?

  1. Terdapat sebanyak 50 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dan 5 soalan esei pendek dalam bentuk “open book format”.
  2. Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.

Siapakah yang layak mendapat pengecualian daripada menjalani latihan provisional?

Golongan yang telah berdaftar di luar negara serta mempunyai kelayakan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh LFM. Mereka juga perlu lulus Peperiksaan Perundangan Farmasi.

Sekiranya pemohon mempunyai kelayakan Master dan/atau PhD, adakah terdapat sebarang pengecualian daripada menjalani latihan provisional ataupun perkhidmatan wajib?

  1. Pengecualian daripada menjalani latihan provisional tidak diberikan kepada golongan berkenaan. Pemohon yang ingin berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia perlu menjalani latihan provisional selama setahun di premis latihan yang tersenarai di dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.
  2. Walaubagaimanapun,bagi pemohon yang mempunyai kelayakan PhD dalam bidang farmasi, mereka boleh diberikan pengecualian dari perkhidmatan wajib,namun sekiranya mereka belum menjalani latihan provisional, mereka perlu menjalani latihan provisional terlebih dahulu dan lulus Peperiksaan Perundangan Farmasi sebelum layak diberikan pendaftaran penuh.

Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?

  1. Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
  2. Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
  3. Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

Siapa yang terlibat dalam pemendekan tempoh khidmat wajib pegawai farmasi dari 3 tahun ke 1 tahun

  1. FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
  2. FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.

Apakah prosedur notifikasi bagi produk kosmetik?

Semua produk kosmetik yang ingin dipasarkan di Malaysia perlu dinotifikasikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan prosedur notikikasi produk kosmetik melalui pautan ini https://www.npra.gov.my/index.php/en/cosmetic-main-page.html.

Sekiranya maklumat lanjut diperlukan, hubungi  pegawai yang bertugas di Unit Kosmetik di talian 03-78835537 atau emelkan ke kosmetik@npra.gov.my.

Bilakah sistem e-prescribing Pharmacy Information System (PhIS) / Clinic Pharmacy System (CPS) akan dimulakan

Sistem PhIS/ CPS dijangka akan dimulakan di 21 fasiliti pilot KKM pada Mac 2013 dan akan digunapakai di semua fasiliti Hospital dan Klinik Kesihatan KKM seluruh negara.

Adakah Pegawai Farmasi yang sedang cuti belajar perlu mengumpul mata CPD?

Ya, Pegawai Farmasi yang cuti belajar perlu mengumpul 40 mata CPD kumulatif setahun.

Halaman-halaman