- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Pendaftaran Produk Tradisional Sta-lions Dibatalkan
Orang awam dinasihatkan untuk mengelak dari membeli dan mengguna produk tradisional Sta-lions yang mempunyai nombor pendaftaran MAL08091457TC berikutan pembatalan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-262 bertarikh 28 Mac 2013 kerana dikesan mengandungi racun berjadual tadalafil. Pemegang pendaftaran bagi produk ini ialah Together Link Enterprise, Pulau Pinang dan pengilangnya ialah DZ Trade (Malaysia) Sdn. Bhd., Kedah. Indikasi yang tertera pada label produk adalah digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum.
Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Ubat-ubat yang mengandungi tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung. Tadalafil atau analognya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional. Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produk ini diguna oleh orang awam yang berisiko tinggi terhadap kesan advers tersebut, terutamanya pesakit jantung (angina pektoris) yang mengambil ubat nitrate.
Pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan produk Sta-lions dengan serta-merta dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-78835546/5539 atau email kepada bpfk@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk-produk ini dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
(Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah)
Putrajaya
- 4750 bacaan




