Iklan Tamat Tempoh Kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) 2025

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Jumaat, 5 Disember 2025

 

  1. Iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan yang diluluskan pada tahun 2023 dan mempunyai nombor siri kelulusan KKLIU berakhir tahun 2025 (contoh : KKLIU 1234 / EXP 31.12.2025) akan tamat tempoh kelulusan pada 31 Disember 2025.
  2. Justeru, syarikat diminta supaya menghentikan penyiaran iklan-iklan berkenaan mulai 1 Januari 2026.
  3. Pemohon yang masih berhasrat untuk menyiarkan semula iklan yang telah luput tersebut diminta supaya menghantar permohonan yang baharu bagi penilaian semula kandungan iklan tersebut.
  4. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Cawangan Kawalan Iklan, BPF di talian 03-78413200 atau secara emel ke alamat liu@moh.gov.my.

Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.