- Garis Panduan Dan Polisi Lembaga Iklan Ubat (LIU)
- Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Radiopharmaceutical Preparation and Quality Control: Technical Documents Submission Guidance 1st Edition (2025)
- Community Pharmacy Benchmarking Guideline
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
Salam Tuan/Puan,
- Sistem My.Pharma-C 2.0 akan mula beroperasi sepenuhnya termasuk bayaran fi secara dalam talian bermula 24 April 2025.
- Sistem My.Pharma-C 2.0 telah mula beroperasi secara berfasa seperti berikut:
i | 17 Mac 2025 | Sistem dibuka kepada pengguna luaran iaitu pemohon lesen/permit untuk melakukan pendaftaran pengguna dan pengaktifan akaun. Semua pengguna yang pernah menggunakan sistem My.Pharma-C (sistem lama) dan pengguna baharu perlu membuat pendaftaran pengguna dalam sistem My.Pharma-C 2.0. Pelesen/ pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna "Permohonan Pengguna-Daftar Pengguna Baru" yang boleh didapati di portal sistem My.Pharma-C 2.0 untuk pendaftaran pengguna dan pengaktifan akaun. |
ii. | 11 April 2025 | Sistem mula dibuka untuk penghantaran, pemprosesan serta penilaian dan kelulusan permohonan lesen/ permit secara dalam talian.
Manakala bayaran fi masih perlu dikemukakan menggunakan bank draf/ money order/ terminal point of sale (TPOS) bagi permohonan baharu/ pindaan/ pembaharuan.
|
iii. | 24 April 2025 | Sistem mula beroperasi sepenuhnya iaitu semua proses berkaitan pengeluaran lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 adalah melalui sistem My.Pharma-C 2.0 yang melibatkan penghantaran, bayaran fi, pemprosesan serta penilaian dan kelulusan permohonan lesen/ permit.
Pelesen/ pemohon boleh merujuk kepada Manual Pengguna "Permohonan Baru" yang boleh didapati di portal sistem My.Pharma-C 2.0 untuk cara permohonan lesen/permit melalui sistem.
|
- Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms bermula 17 Mac 2025.
- Sebagai sistem baharu, sistem hanya menerima semua permohonan sebagai permohonan baru sahaja kerana tiada lesen/permit aktif yang telah diproses dan diluluskan melalui sistem ini.
- Permohonan pindaan butiran lesen/permit yang akan dihantar sebagai permohonan baru melalui sistem My.Pharma-C 2.0, akan diproses selepas permohonan pembatalan lesen/permit secara manual diluluskan. Pemohon perlu menghantar permohonan dalam sistem dan muat naik dokumen sokongan tambahan ke dalam sistem seperti di bawah :
i. Lesen/permit kuat kuasa tahun 2025 sedia ada; dan
ii. Bukti pembatalan lesen/permit
- Mohon perhatian tuan/puan yang telah menghantar permohonan secara dalam talian bermula 11 April 2025 tetapi belum menghantar bukti bayaran fi ke Pejabat CPF Negeri dan belum muat naik slip bukti terimaan fi/ resit TPOS dalam sistem My.Pharma-C 2.0, bermula 24 April 2025 tuan/ puan hendaklah :
- Menyerahkan bukti bayaran (money order/ bank draf/ TPOS) bersama butiran nama penuh, no. kad pengenalan dan nama syarikat ke Pejabat CPF Negeri dengan kadar segera dan seterusnya menghantar slip bukti terimaan fi/ resit TPOS yang diterima daripada Pejabat CPF Negeri melalui e-mel ke meja bantuan sistem di support.mypharmac@moh.gov.my. Pihak meja bantuan akan mengemas kini bukti bayaran fi bagi permohonan lesen/ permit tuan/ puan ke dalam sistem.
ATAU
- Membuat bayaran fi permohonan lesen/ permit secara dalam talian bagi pemohon/ pelesen yang belum membuat/ menyediakan bayaran melalui (money order/ bank draf/ TPOS).
Kegagalan tuan/ puan untuk membuat bayaran fi permohonan lesen/ permit akan menyebabkan permohonan lesen/ permit yang telah dihantar di dalam sistem My.Pharma-C 2.0 tidak akan diproses selanjutnya kerana permohonan belum lengkap.
- Bermula 11 April 2025, proses permohonan lesen/permit di bawah Akta Racun 1952 adalah seperti di bawah :
- Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh die-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my
- Sekiranya pelesen perlu membatalkan lesen/permit yang dikeluarkan secara manual sebelum ini, permohonan pembatalan menggunakan borang manual (https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/borang-permohonan-pembatalan-lesen-permit.html) dan dihantar/ die-melkan kepada pejabat CPF negeri yang mengeluarkan lesen/permit tersebut. Senarai alamat pejabat dan nombor telefon CPF Negeri boleh dirujuk melalui pautan ini https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html
- Tuan/puan diminta untuk sentiasa merujuk ke laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms untuk pengumuman berikutnya berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0.
Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia