- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Taklimat Pelaksanaan Format Preskripsi Baharu Fasiliti Kesihatan KKM (Preskripsi Pesakit Luar)
- Taklimat Pelaksanaan Format Preskripsi Baharu Fasiliti Kesihatan KKM (Preskripsi Pesakit Dalam)
- MANUAL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI TAHUN 2026 (D-GU-07/14.0)
- E-Buletin KKLIU Edisi 08 (01/2026)
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT MEMBELI & MENGGUNA BAHAN PSIKOTROPIK (KUAT KUASA 2026/2027) DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN RACUN (BAHAN-BAHAN PSIKOTROPIK) 1989 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
Kategori berita:
Tarikh terbit:
Khamis, 30 April 2026
- Permohonan Pembaharuan Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Kuat kuasa 2026/2027) di bawah Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-Bahan Psikotropik) 1989 melalui sistem My.Pharma-C 2.0 akan dibuka bermula 01 Mei 2026 sehingga 15 Jun 2026.
- Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms.
- Kepada pemegang permit kuat kuasa sesi 2025/2026 yang permitnya masih berkuat kuasa di dalam sistem My.Pharma-C 2.0, pemegang permit perlu klik pada [Menu Permohonan Lesen/Permit > Senarai Lesen/Permit > Senarai Permohonan > Butang Pembaharuan/Renewal pada permit sesi 2025/2026 yang telah diluluskan dalam akaun masing-masing di dalam sistem untuk membuat permohonan pembaharuan termasuk bayaran fi permohonan.
- Tuan/puan boleh rujuk Manual Pengguna Permohonan Pembaruan untuk panduan lengkap. Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh die-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my
Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih




