Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

Buku Rawatan Warfarin (2026) ialah panduan ringkas untuk pesakit yang menjalani rawatan warfarin. Ia mengandungi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pesakit seperti fungsi warfarin, interaksi ubat dan makanan serta tanda-tanda kesan sampingan. Ia juga menjelaskan maksud dan kepentingan INR (International Normalized Ratio) sebagai ukuran tahap pembekuan darah yang perlu dipantau secara berkala. Buku ini turut menyediakan ruang untuk merekod bacaan INR pesakit semasa sesi AC-MTAC bagi memudahkan pemantauan rawatan secara berterusan.

Versi telah dikemaskini dari versi 2021 dan disediakan dalam tiga (3) bahasa iaitu :

(i) Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

(ii) Bahasa Cina / Bahasa Melayu

(iii) Bahasa Tamil / Bahasa Melayu

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon Buku Rawatan Warfarin (BM/BI)21.29 MB