Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Garis Panduan Perkhidmatan Penghantaran Ubat Oleh Ahli Farmasi Berlesen Kepada Pesakit
Kaedah yang optimum dan selamat bagi penyerahan ubat oleh seseorang ahli farmasi berlesen kepada pesakit adalah melalui interaksi fizikal secara langsung di premis farmasi dimana penjualan atau pembekalan tersebut berlaku.
Walau bagaimanapun, ada kalanya interaksi fizikal tidak dapat dilaksanakan di premis farmasi dimana berlakunya penjualan atau pembekalan dan terdapat keperluan untuk penyerahan ubat kepada pesakit menggunakan perkhidmatan penghantaran.
Adalah menjadi keutamaan untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat tidak terjejas semasa dalam proses penghantaran tersebut sehingga ubat diterima oleh pesakit dan pada masa yang sama mematuhi keperluan undang-undang dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.
Objektif panduan ini dikeluarkan adalah untuk memberi panduan kepada ahli farmasi berlesen berkenaan penghantaran ubat kepada pesakit dengan memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat terpelihara dan mematuhi keperluan undang–undang yang ditetapkan.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 228.8 KB |
- 4359 bacaan