- Garis Panduan Dan Polisi Lembaga Iklan Ubat (LIU)
- Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Radiopharmaceutical Preparation and Quality Control: Technical Documents Submission Guidance 1st Edition (2025)
- Community Pharmacy Benchmarking Guideline
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Garis Panduan Permohonan Melaksanakan Patient Access Scheme (PASc) di Kementerian Kesihatan Malaysia
Garis panduan ini menjelaskan proses permohonan melaksanakan Patient Access Scheme (PASc) yang ditetapkan oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Patient Access Scheme (PASc) merupakan satu skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada pihak pembiaya iaitu KKM bagi meningkatkan akses pesakit terhadap ubat-ubatan yang mempunyai impak kewangan yang tinggi sama ada berpunca daripada kos ubat seorang pesakit yang tinggi atau jumlah penggunaan ubat yang tinggi.
Garis panduan ini menerangkan proses permohonan, penilaian dan kelulusan PASc di fasiliti-fasiliti KKM. Garis panduan ini dikhaskan untuk syarikat farmaseutikal yang berhasrat untuk mencadangkan PASc untuk ubat-ubatan yang akan digunakan di fasiliti-fasiliti KKM. Garis panduan ini bertujuan untuk menyeragamkan proses permohonan melaksanakan PASc dan memastikan kertas cadangan PASc oleh syarikat farmaseutikal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pihak syarikat farmaseutikal yang ingin mencadangkan PASc untuk diimplementasikan di fasiliti-fasiliti KKM boleh menghantar permohonan bermula 1 Jun 2018. Semua borang permohonan bagi melaksanakan PASc perlu dihantar kepada:
Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi Program Perkhidmatan Farmasi, KKM Lot 36, Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya, Selangor. (u/p: Sekretariat Formulari Ubat-Ubatan KKM)
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan proses permohonan PASc boleh dimajukan kepada Sekretariat PASc melalui emel: pascsecretariat@moh.gov.my.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 860.88 KB |
- 4237 bacaan