- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT MEMBELI & MENGGUNA BAHAN PSIKOTROPIK (KUAT KUASA 2026/2027) DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN RACUN (BAHAN-BAHAN PSIKOTROPIK) 1989 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Senarai IPT Yang Mempunyai MOA Dengan KKM Bagi Latihan Klinikal Pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Diploma Farmasi
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Tamil / Bahasa Melayu)
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Panduan Indikator Pelan Tindakan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Tahun 2024 – 2026
Pelan Tindakan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi (Pharmacy Quality Improvement Initiatives, PharmQIIs) ini telah dibangunkan berdasarkan polisi dokumen National Policy for Quality in Healthcare (NPQH) dan dibincangkan secara terperinci di peringkat Jawatankuasa Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Kebangsaan semasa bengkel pemantapan pada tahun 2022. Akhirnya, Pelan Tindakan ini diluluskan pada 25 Mac 2024 dan mula dipantau secara tahunan dalam talian bermula tahun 2024.
Objektif Pelan Tindakan ini adalah seperti berikut:
- Memperkukuh pelaksanaan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (Quality Improvement Initiatives, QIIs) Farmasi selaras dengan keperluan dan dasar-dasar kebangsaan termasuk National Policy for Quality in Healthcare (NPQH) 2022-2026, Pelan Strategik Program Perkhidmatan Farmasi, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia, RMK-12 serta dasar-dasar lain yang berkaitan.
- Menghasilkan projek-projek QIIs farmasi yang memberi impak tinggi kepada perkhidmatan kesihatan secara keseluruhan.
- Sebagai panduan untuk meningkatkan kecekapan organisasi dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan farmasi berkualiti tinggi yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, selaras dengan agenda kebangsaan.
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 627.33 KB |




