- Credentialing Ahli Farmasi Berdaftar
- Lembaga Farmasi Malaysia
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
- Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi
- Panduan Pengurusan Stok Ubat di Kaunter Farmasi
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Rawatan Terapi Gantian Methadone
Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone adalah salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat. Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perilakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
Methadone menggantikan opiat seperti heroin dan morfin dimana pemberian dos yang sesuai akan dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda pengunduran. Methadone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi tidak memberi kesan euforia. Methadone perlu diambil secara oral (melalui mulut), sekaligus mengatasi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan penggunaan / perkongsian alat - alat suntikan. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan.
- 39820 bacaan




