Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi 2024
Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Bil.1/2024 bertujuan untuk;
- Mengembangkan projek-projek inovasi Farmasi yang telah menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan / antarabangsa.
- Berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman kepada fasiliti farmasi KKM seluruh negara.
- Dijadikan rujukan dalam pelaksanaan projek-projek farmasi KKM di lapangan.
- Meningkatkan usahasama antara fasiliti farmasi KKM seluruh negara melalui kaedah replikasi sama ada diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan.
- Menggalakkan seluruh anggota Farmasi KKM membudayakan kualiti.
***
Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Bil. 1/2024 telah diadakan pada 29 Oktober 2024 secara hybrid di Program Perkhidmatan Farmasi dan melalui Persidangan Video Google Meet. Seramai 585 orang peserta daripada Bahagian/ Negeri/ Institusi telah menghadiri seminar ini.
Seminar kali ini telah mengetengahkan perkongsian perjalanan dua (2) champion farmasi bagi inovasi dan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Selain itu, dua (2) projek QIIs farmasi yang telah mendapat pengiktirafan kebangsaan dan/atau antarabangsa pada tahun 2023 akan turut dikongsi dalam seminar kali ini.
Slaid perkongsian projek-projek tersebut boleh dimuat turun melalui pautan Intranet Farmasi: https://i.pharmacy.gov.my/repo/27088/documents
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 1.69 MB |