Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1/2025

Seminar Perkongsian Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia Bil.1/2025 telah diadakan pada 9 September 2025 di  Dewan Nusantara, Institut Penilaian Negara (INSPEN). Seramai 96 orang peserta daripada Bahagian/Negeri/Institusi telah menghadiri seminar ini.

Seminar kali ini menampilkan perkongsian daripada dua penggerak utama bagi inisiatif kualiti di peringkat kementerian masing-masing iaitu;

  1. Dr Samsiah binti Awang, Ketua Pusat Penyelidikan Kualiti Kesihatan, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan
  2. Mejar Mohd Haziq Izzat bin Sulaiman TUDM, Ketua Seksyen  Teknikal Air Warfare Center (AWC), Kementerian pertahanan Malaysia

Selain itu, dua projek QIIs farmasi yang telah meraih pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2024 dan 2025 turut dikongsikan seperti berikut;

  1. Improving Appropriate Use of Intravenous Immunoglobulin (IVIg) in Neurological Disorders at Hospital Kuala Lumpur oleh Puan Hazrin binti Mohamed Radzi
  2. Bridge-D’Gap oleh Puan Teong SengChew dari Bahagian perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan.

Slaid perkongsian projek-projek tersebut boleh dimuat turun melalui pautan Intranet Farmasi: https://i.pharmacy.gov.my/repo/28243/documents

Tag: 
seminar perkongsian
seminar
Perkongsian
QIIs
QII
inisiatif penambahbaikan kualiti
kualiti