Sistem Pengurusan Integrasi Kawalan Efektif Substan (SPIKES)

 

 

 

 

 

 

Untuk Log Masuk Sila Klik Logo Di Atas

Pengenalan

Sistem Pengurusan Integrasi Kawalan Efektif Substan (SPIKES) ialah sistem kawalan dan pengurusan substan yang sah berbentuk web-based terhasil dari inisiatif Bidang  Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area) Makmal Jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme) bertujuan untuk mengurangkan jenayah jalanan yang sebahagian besar diakibatkan oleh masalah penyalahgunaan dadah.

Substan yang terlibat di dalam SPIKES ialah bahan narkotik, psikotropik dan kimia prekursor yang digunakan secara sah di dalam bidang rawatan perubatan dan kegunaan industri. Kawalan dan pengurusan substan yang efektif dan sistematik adalah sangat penting bagi mencegah substan tersebut dari disalahguna oleh penagih-penagih dadah dan dipesongkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penghasilan dadah-dadah berbahaya yang haram seperti heroin dan methamphetamine (syabu). Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM selaku pihak berkuasa berwibawa (competent authority) di dalam kawalan substan di Malaysia telah dilantik sebagai agensi peneraju untuk menjalankan sistem kawalan ini.

Disamping itu, SPIKES akan menjadi satu platform untuk kolaborasi di antara agensi-agensi penguatkuasaan dadah negara seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis DiRaja Malaysia (PDRM),  Cawangan Narkotik, Bahagian Pencegah Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Seksyen Narkotik Bahagaian Forensik Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan Cawangan Pelesenan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF KKM).  Kolaborasi yang disasarkan adalah di dalam bentuk pertukaran maklumat dan kerjasama di dalam tindakan pemeriksaan dan penyiasatan berkaitan substan apabila sistem ini dapat dibangunkan dengan sepenuhnya kelak.

Objektif

Objektif  SPIKES ialah:

  1. Kawalan dan pengurusan substan yang bersistematik dan efektif.
  2. Kolaborasi kawalan substan dengan lain-lain agensi penguatkuasaan dadah negara
  3. Mengurangkan indeks jenayah jalanan dengan menghalang pemesongan substan yang menyumbang kepada masalah penyalahgunaan dadah dan penghasilan dadah berbahaya secara haram.

Skop

4. Makna Logo SPIKES

Modul-modul dalam SPIKES

Narkotik

  • Kebenaran Import Dadah Berbahaya
  • Kebenaran Eksport Dadah Berbahaya
  • Lesen Borong Dadah Berbahaya

Psikotropik

  • Kebenaran Import Bahan Psikotropik
  • Kebenaran Eksport Bahan Psikotropik
  • Permit Membeli dan Mengguna Buprenorphine & Methadone (Terapi Gantian Opioid)
  • Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Kegunaan Industri)

Prekursor

  • Borang D INCB (Rampasan Prekursor)

Maklumat lanjut.

Sila layari portal SPIKES di sini.