Tindakan Penguatkuasaan

Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.

Bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam, penguatkuasaan penjualan secara dalam talian bagi ubat melalui Internet menjadi cabaran besar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini berusaha membanteras aktiviti-aktiviti di Internet yang dikesan menjual ubat yang menyalahi peruntukan undang-undang. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kastam DiRaja Malaysia bagi membendung aktiviti ini daripada berleluasa.

Bermula dari tahun 2012, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa melalui operasi Pangea. Operasi ini dijalankan secara bersepadu dan melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia dan dikoordinasikan oleh Interpol. Dalam tempoh operasi tersebut, laman sesawang telah dipantau dalam tempoh tertentu. Rumusan pencapaian pemonitoran laman sesawang yang diambil tindakan untuk penutupan dalam operasi Pangea adalah seperti berikut :

OPS PANGEA

LAMAN WEB

MEDIA SOSIAL

PASAR DALAM TALIAN

(E-MARKETPLACE)

V

96

-

-

VI

134

-

-

VII

224

97

-

VIII

297

116

-

IX

299

197

339

X

396

440

200

 

Selain daripada Operasi Pangea, pemantauan terhadap penjualan dan pengiklanan ubat-ubatan diteruskan sepanjang masa. Berikut adalah bilangan permohonan sekatan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia yang melibatkan pelanggaran di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

TAHUN

2016

2017

2018

Hingga Jun 2019

BILANGAN PERMOHONAN SEKATAN

305

1037

1171

508

 

Selain itu, mulai tahun 2016, Bahagian Penguatkusaan Farmasi juga meningkatkan pemantauan iklan di platform pasar dalam talian (contohnya Lazada, Shopee, Prestomall, Qoo10 dan lain-lain) dengan mengarahkan untuk penurunan iklan yang dikesan melanggar undang-undang. Berikut adalah statistik tindakan penurunan iklan di platform pasar dalam talian.

TAHUN

BIL. IKLAN DITURUNKAN

2017

2363

2018

4880

Sept 2019

2777

 

Selain daripada jalinan kerjasama, fokus juga diberikan oleh BPF dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi setiap negeri dengan menjalankan serbuan ke atas premis yang didapati menjual atau mengilang ubat yang menyalahi undang-undang yang sumber maklumat dan pengiklannya diperolehi daripada Internet. Ubat tersebut akan dirampas manakala penjual dan pengilang produk akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pegawai-pegawai penguatkuasa juga ditempatkan di pusat perkhidmatan kurier untuk memantau bungkusan yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier. Pegawai –pegawai ini akan menyaring bungkusan yang disyaki mengandungi ubat. Ubat tidak berdaftar akan dirampas oleh Bahagian ini dan tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan sewajarnya.