Pelesenan

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN AKTIVITI PELESENAN SELARAS PENGUATKUASAAN AKTA RACUN (PINDAAN) 2022

Soalan-Soalan Lazim ini adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Racun (Pindaan) 2022 dan bertujuan sebagai rujukan kepada ahli farmasi berlesen dan ahli farmasi berdaftar.

Klik di sini untuk soalan lazim berkaitan Aktiviti Pelesenan Selaras Penguatkuasaan Akta Racun (Pindaan) 2022.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Soalan-Soalan Lazim ini boleh diemel kepada pelesenanbpf@moh.gov.my

Dimanakah permohonan lesen racun boleh dibuat?

Permohonan Lesen Racun Jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksia (NaOH)

Mulai 1 Januari 2017, semua permohonan lesen racun jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksida (NaOH) mestilah dipohon melalui sistem My.Pharma-C. Ini termasuklah permohonan baru, permohonan pembaharuan, permohonan pindaan dan permohonan pembatalan lesen/permit. Permohonan yang dihantar secara manual tidak akan diproses. Pembayaran lesen/permit juga adalah melalui perbankan internet yang dibuat secara terus melalui sistem My.Pharma-C. Pembayaran secara manual seperti wang pos, bank draf dan cek tidak lagi diterima. Sila layari https://mypharma-c.pharmacy.gov.my/login.php  untuk akses kepada sistem My.Pharma-C.

Klik di SINI untuk memuat turun Manual Pengguna bagi permohonan menerusi atas talian.