- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT MEMBELI & MENGGUNA BAHAN PSIKOTROPIK (KUAT KUASA 2026/2027) DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN RACUN (BAHAN-BAHAN PSIKOTROPIK) 1989 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Senarai IPT Yang Mempunyai MOA Dengan KKM Bagi Latihan Klinikal Pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Diploma Farmasi
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Tamil / Bahasa Melayu)
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Sterile Pharmaceutical Services Virtual Seminar: A Learning Curve Redefined
Sterile Pharmaceutical Services Virtual Seminar: A Learning Curve Redefined pada 27 dan 28 September 2021 anjuran Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi KKM dengan kerjasama Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM. Seminar ini dilaksanakan secara maya bagi mematuhi saranan kerajaan dan SOP yang telah ditetapkan.
Tema seminar ini adalah Broaden Your Perspectives, Serving Beyond Expectation di mana anggota farmasi disarankan untuk sentiasa komited dalam pembelajaran berterusan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang unggul kepada rakyat.
Seminar ini akan dihadiri oleh pegawai farmasi dan penolong pegawai farmasi dari fasiliti-fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia daripada seluruh Malaysia dengan anggaran sebanyak 330 peserta, khususnya anggota farmasi yang terlibat dalam perkhidmatan farmaseutikal steril iaitu Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (PN), Perkhidmatan Farmasi Onkologi serta Perkhidmatan Farmasi Nuklear.
Objektif seminar ini adalah untuk :
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknik aseptik
- Mempertingkatkan pemahaman tentang amalan dan keperluan fasiliti bagi penyediaan farmaseutikal steril
- Memantapkan pengetahuan dalam amalan klinikal dan penjagaan farmaseutikal berkaitan sediaan farmaseutikal steril
- 1122 bacaan




