- Senarai IPT Yang Mempunyai MOA Dengan KKM Bagi Latihan Klinikal Pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Diploma Farmasi
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Tamil / Bahasa Melayu)
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Cina / Bahasa Melayu)
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)
- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Cuti Belajar Penolong Pegawai Farmasi
URUSAN CUTI BELAJAR BAGI PENOLONG PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | ||||
1. | Cuti Belajar (dalam Perintah Am Bab C 1974) disebut sebagai Cuti Berkursus bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa, sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau dengan tajaan persendirian. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi. | |||
2. | Kategori cuti belajar yang diluluskan bagi anggota pelaksana di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:
| |||
3. | Pegawai hanya dibenarkan memohon kursus yang telah tersenarai sahaja untuk pertimbangan Program Farmasi (rujuk lampiran senarai bidang kursus yang ditawarkan bagi tahun semasa). | |||
4. | Syarat-syarat tambahan, selain daripada yang dinyatakan di dalam Lampiran Syarat Cuti Belajar Program Farmasi adalah terpakai untuk semua jenis permohonan Cuti Belajar. | |||
6. | Semua permohonan Cuti Belajar (CBSG Tanpa HLP, CBTG Tanpa HLP, CBBP Dengan HLP, CBBP Tanpa HLP, dan CBBP Tanpa HLP Dengan Tajaan Luar) perlu dimohon melalui iklan Cuti Belajar yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia. | |||
7. | Pegawai dinasihatkan untuk mengemukakan dokumen yang lengkap semasa membuat permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk proses selanjutnya. | |||
8. | Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi, KKM seperti berikut:
| |||
- 4827 bacaan




