- MANUAL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI TAHUN 2026 (D-GU-07/14.0)
- E-Buletin KKLIU Edisi 08 (01/2026)
- Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi
- Protokol Haemophilia Medication Therapy Adherence Clinic (HMTAC), Edisi Ke-2
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
MANUAL PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI TAHUN 2026 (D-GU-07/14.0)
Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) merupakan salah satu instrumen pengukuran prestasi yang digunakan bagi menilai pencapaian sesuatu organisasi, program atau aktiviti berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. Pelaksanaan KPI di agensi Kerajaan telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2005 – Garis Panduan Bagi Mewujudkan Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi di Agensi Kerajaan.
Inisiatif KPI bagi tujuan Penilaian Prestasi Tahunan Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA), melibatkan pegawai berjawatan hakiki JUSA C dan ke atas, telah dilaksanakan di semua kementerian mulai tahun 2008. Pelaksanaan KPI pada peringkat awal melibatkan Tier 1 dan seterusnya diperluaskan secara berperingkat kepada tier berikutnya bagi memastikan pengukuran prestasi dilaksanakan secara menyeluruh dan berperingkat.
Bagi Program Perkhidmatan Farmasi (PPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemantauan KPI turut dilaksanakan bagi semua gred JUSA (Klinikal) mulai tahun 2023. Pelaksanaan ini bertujuan memastikan pencapaian prestasi perkhidmatan farmasi dapat dipantau secara sistematik melalui indikator yang jelas, terukur dan selaras dengan hala tuju strategik Kementerian.
Manual KPI PPF Tahun 2026 disediakan sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan KPI bagi memastikan pengurusan KPI dilaksanakan secara seragam, telus, berintegriti dan berasaskan data yang sahih. Manual ini turut menjelaskan prinsip dan tatacara berkaitan penetapan indikator, definisi operasional, kaedah pengukuran, sasaran, sumber data, pelaporan, pemantauan serta tindakan penambahbaikan bagi KPI yang tidak mencapai sasaran.




