Awam

Sejarah Kami

Sejarah perkhidmatan farmasi di Malaysia bermula pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Semasa zaman pra-kemerdekaan, fungsi utama perkhidmatan farmasi pada asalnya hanya terbatas kepada tujuan perolehan, penyimpanan dan pengedaran ubat-ubatan dari United Kingdom melalui Crown Agents.

Perihal Kami

Program Perkhidmatan Farmasi adalah salah satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia KKM yang bertanggungjawab untuk memastikan orang awam mendapat keluaran farmaseutikal yang berkualiti, selamat dan berkesan, melindungi kepentingan mereka melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan, serta memastikan ubat-ubatan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara wajar.

 

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat.

Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi

Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi bertanggungjawab untuk;

Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi

Kompilasi Laporan Tahunan dan Statistik Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Melayu

Adakah iklan mengenai perkhidmatan estetik dibenarkan?

Perkhidmatan estetik adalah diklasifikasikan sebagai rawatan perubatan dan mestilah dijalankan oleh pengamal perubatan berdaftar. Ianya hanya boleh diiklankan oleh klinik / hospital swasta yg dilesen/berdaftar oleh CKAPS sahaja dengan kelulusan daripada LIU.

Adakah iklan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di pusat kecergasan (fitness centre) perlu mendapatkan kelulusan daripada LIU?

LIU tidak memberi kelulusan kepada iklan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat kecergasan. Menurut S4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, kelulusan iklan hanya boleh diberikan kepada empat fasiliti iaitu klinik swasta, hospital swasta, makmal perubatan swasta dan klinik radiologikal swasta yang dioperasi oleh pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai sijil amalan tahunan yang sah di bawah Medical Act 1971.

Adakah iklan mengenai minuman Tongkat Ali dan Kacip Fatimah memerlukan kelulusan daripada LIU?

Minuman Tongkat Ali dan Kacip Fatimah atau sebarang produk makanan atau minuman adalah diklasifikasikan sebagai produk makanan dan dikawal oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan produk makanan tidak memerlukan kelulusan LIU. Walau bagaimanapun, iklan produk makanan tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan perubatan, seperti meningkatkan keupayaan seksual, mengurangkan sakit-sakit sendi, menurunkan paras gula dalam darah dan sebagainya. Sebarang pertanyaan berkaitan pengiklanan produk makanan boleh layari laman sesawang rasmi BKKM di https://hq.moh.gov.my/fsq/  atau melalui telefon rasmi 03-8885 0796 / 03-8885 0797.

Kenapa LIU membuat banyak pindaan pada format iklan yang dihantar?

Sebarang kelulusan pada format iklan adalah berdasarkan kepada Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan peraturannya. Selain itu, semua format iklan perlu mematuhi garis panduan pengiklanan dan polisi yang dikeluarkan oleh Lembaga Iklan Ubat. Mana-mana tuntutan dan format iklan yang tidak mematuhi akta, garispanduan dan polisi, LIU berhak meminda tuntutan dan format tersebut.

Adakah saya boleh membuat pindaan pada susun atur format tanpa mengubah kandungan iklan yang telah diluluskan oleh LIU? Adakah pindaan sebegini memerlukan kelulusan daripada sekretariat LIU?

Pindaan pada susun atur format tanpa mengubah kandungan iklan yang telah diluluskan oleh LIU adalah dibenarkan tanpa memerlukan kelulusan daripada LIU. Walaubagaimanapun pihak pemohon perlu memaklumkan dengan membuat notifikasi kepada sekretariat melalui emel untuk mengelakkan kekeliruan pegawai penguatkuasaan farmasi semasa proses saringan dijalankan.

Halaman-halaman