- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) Edisi Ketiga 2026
Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) 3rd Edition 2026 secara rasmi menggantikan Garis Panduan Farmakoterapi Berhenti Merokok (FBM) Edisi Kedua 2019. Penjenamaan semula ini mencerminkan peluasan skop klinikal pegawai farmasi daripada perkhidmatan berhenti merokok secara konvensional kepada pendekatan pengurusan ketagihan nikotin yang lebih menyeluruh, merangkumi penggunaan rokok elektronik (vape) dan produk tembakau pemanasan.
Seiring dengan peluasan skop tersebut, protokol edisi 2026 memperkenalkan pilihan farmakoterapi yang lebih komprehensif, termasuk Semburan Mulut Nikotin (Mouth Spray), Cytisine, Bupropion SR dan Nortriptyline, selaras dengan ketetapan dalam Clinical Practice Guideline (CPG) on Treatment of Nicotine Dependence and Tobacco Use Disorder 2025.
Kemaskini ini bertujuan untuk menyeragamkan pelaksanaan perkhidmatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia serta memperkukuh tahap kompetensi pegawai farmasi dalam bidang pengurusan ketagihan nikotin, selari dengan keperluan pentauliahan profesional (credentialing). Dokumen ini turut merangkumi borang pengurusan perkhidmatan, panduan kaunseling farmakoterapi dan bukan farmakoterapi, serta maklumat lain yang berkaitan dengan pengurusan ketagihan nikotin.
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 931.96 KB |
- 16649 bacaan




