Amalan dan Perkembangan

HEBAHAN SESI KONSULTASI BAGI PENGEMASKINIAN GARIS PANDUAN NATIONAL ANTIMICROBIAL GUIDELINE, 4TH EDITION"

Tujuan pelaksanaan konsultasi ini adalah untuk mendapatkan pandangan ahli profesional kesihatan terhadap garis panduan National Antimicrobial Guideline (NAG) yang telah dikemaskini kepada edisi keempat. NAG merupakan garis panduan yang penting dalam memastikan penggunaan antimikrob yang sesuai dalam rawatan penyakit berjangkit dan seterusnya mengawal kerintangan terhadap antimikrob.

Oleh itu, garis panduan ini telah dikemaskini untuk memastikan rawatan antimikrob yang disarankan adalah berasaskan bukti data klinikal terkini dan bersesuaian dengan situasi semasa.

Jemputan Sesi Penerangan Mekanisme Harga Ubat dan Kajian Cost Benefit Analysis (CBA)

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan sesi penerangan secara atas talian berkaitan status terkini Mekanisme Harga Ubat dan kajian Cost Benefit Analysis (CBA) bagi impak pelaksanaannya terhadap pihak berkepentingan.

Jemputan sesi penerangan ini adalah terbuka kepada semua pihak yang berkaitan mengikut 3 kumpulan pihak berkepentingan seperti berikut:

Sesi/Kumpulan

Tarikh

Lokasi/tempat: 
Atas Talian
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 4 Januari 2021 hingga Rabu, 6 Januari 2021

Polisi dan Prosedur Operasi Piawai Program Rawatan Methadone

Polisi dan Prosedur Operasi Piawai Program Rawatan Methadone Edisi Kedua 2016 ini telah dihasilkan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selaras dengan perkembangan Perkhidmatan Rawatan Methadone di Malaysia.

Objektif utama dokumen ini adalah untuk memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Rawatan Methadone yang lebih seragam dan menyeluruh, merangkumi fasiliti KKM, AADK, lokap, penjara dan fasiliti swasta. 

Melayu

PELAN PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA BAGI PERKHIDMATAN FARMASI

 

Pelan pengurusan krisis dan bencana merupakan panduan am yang akan diguna pakai oleh anggota farmasi dalam menangani krisis dan bencana di peringkat perkhidmatan farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelan ini merangkumi aspek bekalan, kesinambungan perkhidmatan farmasi dan koordinasi dengan agensi-agensi berkaitan sebelum, semasa dan selepas krisis atau bencana. Oleh itu, pelan ini perlu digunakan, disesuaikan dan dikemas kini dari masa ke masa mengikut keperluan dan perkembangan terkini di fasiliti masing-masing.

Melayu

Pengurusan dan Pengendalian Ubat Kusta (Multidrug Therapy) Dari WHO Untuk Kegunaan Fasiliti Kesihatan Kerajaan

Penyediaan prosedur operasi standard (SOP) ini bertujuan memberi panduan kepada anggota kesihatan mengenai pengurusan dan pengendalian ubat kusta yang diperolehi daripada World Health Organization (WHO) secara percuma.

Melayu

Respiratory Medication Therapy Adherence Clinic Protocol: Asthma/COPD (Adult & Paediatric) 2nd Edition 2015

Terdapat perubahan dalam praktis dan pelbagai ubat-ubatan serta alat peranti baru yang telah diperkenalkan untuk kegunaan dalam penjagaan pesakit asma dan Chronic Obstructive Pulmonary Disorder (COPD).

Melayu

Garis Panduan untuk Pemantauan Keselamatan Produk Erythropoietin Stimulating Agents (ESAs) & Pelaporan Kesan Advers Pure Red Cell Aplasia (PRCA)

Pure Red Cell Aplasia (PRCA) adalah salah satu kesan advers akibat penggunaan Erythropoietin Stimulating Agents (ESAs).  Definisi Pure Red Cell Aplasia (PRCA) adalah seperti berikut:

Melayu

Halaman-halaman