SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS, FAQ) PELAKSANAAN PEMAPARAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI

Soalan Lazim (FAQ) Pemaparan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti disediakan untuk memberi jawapan bagi persoalan yang sering ditimbulkan dan sebagai panduan awal kepada penyedia perkhidmatan kesihatan swasta, farmasi komuniti, dan pengguna mengenai keperluan pemaparan harga ubat yang akan dikuat kuasakan melalui perintah baharu di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). FAQ ini menerangkan secara ringkas tentang inisiatif pemaparan harga ubat, jenis ubat dan maklumat yang perlu dipaparkan, kategori fasiliti yang terlibat, kekerapan kemas kini harga serta kaedah pemaparan harga. Selain itu, FAQ ini juga menjelaskan hak pengguna dalam mendapatkan maklumat harga yang jelas dan telus dan saluran aduan yang tersedia bagi menangani isu ketidakpatuhan dan harga yang mengelirukan.

 

Kategori dokumen: 
Rujukan