Amalan dan Perkembangan

MANUAL FOR STERILE PREPARATIONS 2ND EDITION YEAR 2021

Manual ini merupakan sumber rujukan penting dalam aspek amalan penyediaan baik sediaan farmaseutikal steril yang merangkumi perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik, Nutrisi Parenteral, Radiofarmaseutikal dan sediaan farmaseutikal steril yang lain.

Melayu

Projek Nasional Penggunaan Ubat Secara Rasional Yang Komprehensif - Pengguna

Projek Nasional Penggunaan Ubat Secara Rasional Yang Komprehensif - Pengguna

Melayu

Guides To The Development Of Radiopharmaceutical Facilities For Healthcare Establishment

Kandungan garis panduan ini merangkumi  informasi umum polisi dan operasi berkenaan keperluan untuk isu keselamatan radiasi, jaminan kualiti susun atur, reka bentuk dan peralatan di fasiliti radiofarmaseutikal.

Melayu

Guideline On Syringe Labelling In Critical Areas

Garis panduan ini bertujuan untuk menyeragamkan klasifikasi pelabelan picagari ubat-ubatan yang digunakan di unit rawatan kritikal serta memudahkan proses identifikasi picagari ubat-ubatan bagi meningkatkan keselamatan pesakit.

Melayu

Dilution Guide for High Alert Medications

Dilution Guide for High Alert Medications menyenaraikan maklumat pencairan ubat-ubatan High Alert.

Melayu

Garis Panduan Pengurusan Maklumat Alahan Ubat Pesakit

Garis Panduan Pengurusan Maklumat Alahan Ubat Pesakit disediakan sebagai rujukan kepada anggota penjagaan kesihatan bagi memastikan pengenalpastian, pendokumentasian, dan komunikasi maklumat alahan ubat pesakit dilaksanakan secara sistematik. Garis panduan ini bertujuan memperkukuhkan amalan pengurusan maklumat alahan ubat agar maklumat tersebut dapat disampaikan dengan tepat kepada anggota kesihatan lain serta membolehkan penilaian alahan ubat yang terperinci dijalankan sebelum sesuatu ubat diberikan kepada pesakit.

Melayu

Poster Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722

Pegawai Farmasi sedia membantu anda menjawab persoalan berkaitan ubat-ubatan.

Melayu

Malaysia Drug Code

Buku ini diwujudkan sebagai rujukan dan panduan berkenaan Malaysia Drug Code (MDC). MDC adalah kod yang diberikan kepada ubat tertentu untuk tujuan pengenalan ubat. Kod bagi setiap ubat adalah unik dan berfungsi untuk memudahkan pengenalpastian ubat preskripsi dan ubat am (OTC) yang telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah atau telah mendapat kelulusan khas untuk digunakan di Malaysia.

Melayu

Adakah produk minuman dan makanan kesihatan bertujuan untuk pelangsingan badan berdaftar dengan KKM?

Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-8885 0797. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

Halaman-halaman