- Daftar Lesen (Manual)
- Senarai Pengedar Yang Dilantik Di Bawah Syarat Khas Lesen Racun Jenis A
- Guideline for the Management of Medicine Donations
- Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
- Panduan Kepada Ahli Farmasi Untuk Permohonan Kebenaran Penjualan Compounded Preparation Di Premis Farmasi Komuniti Dan Notifikasi Compounded Preparation
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN TUNTUTAN MATA CPD PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
Soalan-soalan Lazim ini adalah bertujuan sebagai rujukan kepada anggota-anggota farmasi yang ingin membuat tuntutan mata CPD
Rujuk pada bahagian-bahagian yang disenaraikan di bawah untuk melihat Soalan-soalan Lazim yang berkaitan.
- Bahagian A: Definisi
- Bahagian B: Kekeliruan Aktiviti Bersifat Fungsional dan Generik
- Bahagian C: Tuntutan di Bawah Tugas Hakiki / SKU
- Bahagian D: Tuntutan untuk Lantikan
- Bahagian E: Kekeliruan Kategori Tuntutan Mata CPD
- Bahagian F: Lain-lain
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Soalan-soalan Lazim ini boleh rujuk kepada Penyelaras CPD Farmasi negeri masing-masing atau diemel kepada Penyelaras CPD Program Perkhidmatan Farmasi, cppf@moh.gov.my.
Pengemaskinian terkini: Disember 2024BAHAGIAN A: DEFINISI
A1. Apakah definisi aktiviti / latihan fungsional?
Jawapan: Aktiviti / latihan berbentuk fungsional adalah aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran, keupayaan dan pengetahuan khusus yang diperlukan oleh pegawai untuk menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan berdasarkan senarai tugas / deskripsi tugas / SKU di sesuatu jawatan / penempatan. Rujuk Bahagian B (Kekeliruan Aktiviti Bersifat Fungsional dan Generik) untuk contoh-contoh yang berkenaan.
A2. Apakah definisi Professional Society?
Jawapan: Persatuan yang ahlinya hanya terdiri daripada golongan profesional dalam bidang yang spesifik (iaitu mempunyai pengetahuan / kepakaran / kemahiran yang khusus) layak menuntut mata CPD di bawah B2. Ini bermaksud persatuan yang keanggotaannya turut terbuka kepada orang awam /pesakit /penjaga pesakit dan sebagainya tidak boleh dianggap sebagai professional society.
Contoh Professional Societies;
- Malaysian Pharmacists Society
- Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
- Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi
- Malaysian Society of Pharmaceutical Technology
- Malaysian Society of Neurosciences
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)
BAHAGIAN B: KEKELIRUAN AKTIVITI BERSIFAT FUNGSIONAL DAN GENERIK
B1. Apakah kategori tuntutan mata CPD bagi pegawai yang menghadiri kursus kepimpinan dan perolehan/ kewangan?
Jawapan: Bergantung kepada deskripsi tugas (JD) dan jawatan / penempatan pegawai. Rujuk definisi aktiviti fungsional (A1).
Contohnya:
Kursus Kepimpinan untuk Pemimpin Pertengahan (Middle Managers, gred 48 - 54) anjuran KKM selama 2 hari.
- Peserta terdiri daripada Pegawai Farmasi Kesihatan dan Ketua Unit yang menjalankan tugas penyeliaan adalah layak tuntut kategori A3 (10 mata)
- Manakala, peserta terdiri daripada Pegawai UF48/52/54 yang tidak menjalankan tugas penyeliaan adalah layak tuntut di bawah kategori B1 (5 mata)
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)
B2. Adakah kursus EKSA dituntut di bawah kategori B1?
Jawapan: EKSA merupakan salah satu inisiatif kualiti. Sehubungan itu, aktiviti berkenaan EKSA adalah di bawah kategori fungsional kepada semua anggota farmasi dan boleh dituntut di bawah kategori A.
B3. Apakah kategori tuntutan bagi penceramah?
Jawapan: Penceramah tajuk fungsional: A5
Penceramah tajuk generik: B1 (5 mata)
B4: Apakah kategori tuntutan mata CPD bagi AJK Pharmsport?
Jawapan: AJK Pharmsport bersifat generik dan boleh dituntut di bawah kategori B1 sebagai organizing committee.
BAHAGIAN C: TUNTUTAN DI BAWAH TUGAS HAKIKI / SKU
Tugas hakiki: “Tugas hakiki” ialah senarai tugas yang tersenarai dalam Deskripsi Tugas (JD) pegawai/ SKU yang ditetapkan. Anggota adalah tidak dibenarkan membuat tuntutan mata CPD bagi tugas hakiki.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian yang diberikan untuk tuntutan sebagai peserta (rujuk C2) dan penceramah (rujuk C3).
C1. Tuntutan sebagai AJK – rujuk Jadual 1 di bawah
C1a. i) SKU pegawai adalah berkaitan Keselamatan Pengubatan, bolehkah tuntut bawah A9 sebagai AJK Keselamatan Pengubatan di peringkat fasiliti? dan ii) Adakah pegawai tersebut layak menuntut mata CPD sekiranya dilantik sebagai urus setia Program Penggunaan Ubat Berkualiti (PUB)?
Jawapan:
- Pegawai tidak layak membuat tuntutan mata CPD bagi lantikan tersebut kerana ia merupakan tugas hakiki / skop kerja pegawai.
- Oleh itu, pegawai tersebut tidak dibenarkan menuntut mata CPD selaku urus setia Program PUB peringkat fasiliti.
C1b. Sekiranya pegawai dilantik sebagai AJK Penggunaan Ubat Berkualiti (PUB) peringkat daerah, bolehkah pegawai menuntut mata CPD?
Jawapan: Lantikan sebagai AJK PUB peringkat daerah boleh dituntut bawah A9 dengan surat lantikan sekiranya memenuhi syarat dalam Jadual 1 di atas.
C2: Tuntutan sebagai urus setia dan peserta
C2a. Sekiranya tugas hakiki/ deskripsi tugas /SKU pegawai ialah sebagai Penyelaras/AJK Latihan, adakah pegawai layak tuntut mata CPD bagi kursus/ bengkel/ seminar/ taklimat yang dianjurkan?
Jawapan: Pegawai tersebut tidak boleh menuntut mata CPD bagi lantikan sebagai urus setia program kerana ia merupakan tugas hakiki/ skop kerja pegawai.
Namun, sekiranya pegawai turut menjadi peserta, tuntutan mata CPD sebagai peserta adalah dibenarkan memandangkan kursus/ bengkel/ seminar/ taklimat yang dianjurkan dapat memberikan input baharu kepada urus setia yang menghadiri kursus tersebut.
Tuntutan mata CPD boleh dibuat oleh pegawai untuk kehadiran sebagai peserta dengan bukti penyertaan bagi aktiviti di bawah kategori A1, A2, A3 dan A4.
Contohnya;
JD Pegawai A menyatakan salah satu tugas pegawai adalah menyelaras dan mengendalikan kursus/ bengkel/ taklimat berkenaan dengan inisiatif kualiti. Pegawai A telah mengelolakan dua siri Bengkel LEAN kepada anggota-anggota farmasi sepanjang tahun. Pegawai A tidak layak menuntut mata CPD sebagai urus setia bengkel yang diadakan tetapi boleh menuntut mata CPD sebagai peserta untuk kedua-dua bengkel tersebut di bawah kategori A3 dengan mengemukakan sijil penyertaan.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 2/2023)
C3: Tuntutan sebagai penceramah – Rujuk Jadual 2 di bawah
C3a. Adakah pegawai yang memegang portfolio tertentu tidak layak membuat tuntutan mata CPD bagi ceramah yang diberikan dalam bidang tersebut?
Jawapan: Pegawai dibenarkan untuk menuntut sekali sahaja dalam setahun sebagai penceramah bagi topik yang berkaitan dengan portfolio pegawai.
Contohnya,
i. Pegawai memegang portfolio Dasar Ubat Nasional dan Pharmaceutical Track & Trace. Pegawai dibenarkan untuk menuntut mata CPD sekali setahun sebagai penceramah berkaitan topik Dasar Ubat Nasional (A5 - 5 mata) dan sekali setahun bagi ceramah berkaitan Pharmaceutical Track & Trace (A5 - 5 mata).
ii. Pegawai di hospital memegang portfolio ketua unit di Farmasi Pesakit Dalam serta Farmasi Pengeluaran & Prabungkus. Pegawai dibenarkan untuk menuntut mata CPD sekali setahun sebagai penceramah berkaitan topik farmasi pesakit dalam e.g. Pembekalan ubat UOD l (A5 - 5 mata) serta sekali setahun bagi ceramah berkaitan farmasi pengeluaran & prabungkus (A5 - 5 mata).
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 2/2023)
C4: Tuntutan untuk mesyuarat yang dihadiri
C4a. Bolehkah kehadiran ke mesyuarat dituntut mata CPD?
Jawapan: Semua jenis mesyuarat tidak boleh dituntut mata CPD kecuali:
- Mesyuarat Mortality & Morbidity Review
- Mesyuarat JK Penilaian Proforma FUKKM (untuk Program Perkhidmatan Farmasi sahaja, A4 untuk 1 sesi mesyuarat)
- Wakil ke mesyuarat di peringkat antarabangsa yang melibatkan pembentangan (e.g. perkongsian ilmu / pengalaman oleh negara-negara ahli), layak menuntut mata CPD di bawah kategori A2 / A3 / A4 yang mana bersesuaian berdasarkan pengisian / agenda mesyuarat tersebut (Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 2/2023).
Urus setia mesyuarat juga tidak boleh tuntut mata CPD.
Taklimat khas semasa mesyuarat boleh tuntut bawah A4 menggunakan nama tajuk taklimat tersebut.
BAHAGIAN D: TUNTUTAN UNTUK LANTIKAN
D1. Bagaimanakah tuntutan mata untuk senario berikut:
Jawapan:
a) Lantikan sebagai urus setia kursus / AJK / task force projek
| A9 – untuk lantikan bagi AJK / urus setia kursus / task force projek bersifat fungsional; B1 - untuk lantikan bagi AJK / urus setia kursus / task force projek bersifat generik (Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 2/2023)
|
b) Lantikan sebagai AJK Persidangan R&D/ KIKF
| A9 – persidangan R&D / KIKF bersifat fungsional
|
c) Lantikan sebagai rapporteur persidangan saintifik/ inovasi / konferens R&D
| A4 - 2 mata
|
d) Lantikan sebagai AJK Sambutan WPD
| A9 – Sambutan WPD bersifat fungsional
|
e) Lantikan sebagai auditor ADAF
| A9 – ADAF bersifat fungsional
|
f) Lantikan sebagai pengawas peperiksaan forensik
| B1 (national) – dengan sijil (dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia)
|
BAHAGIAN E: KEKELIRUAN KATEGORI TUNTUTAN MATA CPD
E1. Bagaimanakah tuntutan mata CPD bagi sesi CME yang dihadiri kurang daripada 2 jam dan mempunyai 4 atau 5 topik CME memandangkan tuntutan bagi kategori A3 ialah minimum 2 jam kursus (4 mata)?
Jawapan: Bagi sesi CME yang tidak melebihi 2 jam, boleh tuntut di bawah A4;
i) 1 mata CPD = 1 topik
Sekiranya sesi CME berdurasi 1-2 jam dan mempunyai lebih daripada satu topik, mata maksimum yang layak dituntut adalah A4 (2 mata).
E2. Adakah penyediaan press release untuk hebahan media boleh tuntut mata CPD?
Jawapan: Pegawai layak tuntut di bawah kategori A6(e), 5 mata sekiranya bukan merupakan tugas hakiki pegawai.
E3. Bagi aktiviti seperti sambutan World Antibiotik Awareness Week yang melibatkan Explorace, pameran dan ceramah, apakah kategori tuntutan mata CPD?
Jawapan: Tuntutan mata CPD dibenarkan di bawah kategori A3 berdasarkan jumlah jam ceramah yang diadakan. Sekiranya tidak melebihi 2 jam, rujuk E1.
E4. Bagaimanakah pegawai membuat tuntutan bagi seminar bertopik fungsional yang berlangsung selama 2 hari (sehari 3 jam)?
Jawapan:
- Jumlahkan bilangan jam dan lakukan tuntutan mengikut jumlah jam. Kategori tuntutan ditetapkan dengan mengira tempoh kursus (jumlah jam kursus). Oleh itu, bagi contoh di atas, jumlah jam adalah 6 jam dan tuntutan boleh dibuat di bawah A3 (Full day 5-8 hours).
- “Program Start Time” ialah masa seminar bermula pada hari pertama dan “Program End Time” ialah masa seminar berakhir pada hari kedua.
E5. Penganjur luar menganjurkan sesi webinar secara bersiri (bersambungan) tetapi hanya 1 sijil diberikan setelah tamat. Apakah kategori CPD yang layak dituntut?
Jawapan:
Tentukan sama ada kategori fungsional/ generik kepada pegawai.
Latihan Fungsional
Tuntut di bawah A3 berdasarkan jumlah bilangan jam.
Latihan Generik
Layak tuntut di bawah B1 sekiranya jumlah tempoh webinar adalah sekurang-kurangnya 2 jam dan peringkat “local” untuk penyertaan dalam talian.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2024)
E6. Apakah kategori tuntutan mata CPD yang sesuai bagi Pencipta Video? Contoh; video antibiotik, video pengambilan ubat yang betul, video promosi VAS / perkhidmatan farmasi.
Jawapan: Tuntut bawah A9 sekiranya terdapat surat lantikan/ bukti penyertaan.
E7. Bolehkah pegawai menuntut mata CPD sebagai urus setia, penceramah dan peserta kursus secara serentak?
Jawapan: Boleh dengan mengemukakan sijil yang berasingan. Setiap sijil perlu menyatakan peranan pegawai dengan jelas.
Sekiranya kursus ini adalah di bawah tugas hakiki pegawai, tidak boleh tuntut sebagai urusetia.Namun, pengecualian diberikan untuk konvensyen KIKF dan R&D yang melibatkan ahli jawatankuasa daripada beberapa bahagian dan peringkat. Pegawai boleh membuat tuntutan sebagai AJK (A9).
Bagi tuntutan sebagai peserta atau penceramah, rujuk jawapan soalan C3.
E8. Bolehkah pegawai farmasi yang membuat Pameran Kenali Ubat Anda (bukan penyelaras PUB) tuntut mata CPD?
Jawapan:
i. Semak JD/SKU. Sekiranya tugasan tersebut disenaraikan dalam SKU / JD, pegawai tidak layak menuntut mata CPD untuk aktiviti tersebut.
ii. Sekiranya tidak disenaraikan dalam JD/SKU, boleh tuntut bawah A5 (5 mata) sebagai exhibitor kerana Pameran Kenali Ubat Anda bersifat fungsional dengan surat lantikan/surat yang diminitkan oleh Ketua Jabatan.
E9. Sebagai penulis artikel, boleh tuntut bawah A10 (5 mata) dan A6 (5 mata)?
Jawapan: Penulis boleh menuntut bawah A6 (5 mata) setelah artikel itu diterbitkan. Sekiranya penulis artikel turut dilantik sebagai ahli editorial board, tuntutan A10 (5 mata) layak dibuat dengan surat lantikan.
E10. Bolehkah preseptor MTAC tuntut mata CPD?
Jawapan: Bergantung kepada deskripsi tugas (JD) dan jawatan / penempatan pegawai. Rujuk kepada JD/SKU.
Preseptor MTAC boleh menuntut bawah A9 (sekiranya ada surat lantikan).
E11. Bolehkan penyertaan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) dituntut mata CPD?
Jawapan:
Bagi EPSA kursus generik, tuntut mata CPD di bawah kategori B1 (local) 2 mata. Nilai jam atau tempoh minimum modul pembelajaran ialah satu (1) jam beserta penilaian pembelajaran.
Manakala penyertaan EPSA bagi kursus fungsional boleh dituntut di bawah A7.
1 kursus = 1 tuntutan
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2024)
E12. Bagaimana untuk menentukan peringkat penyertaan bagi Virtual Run yang disertai?
Jawapan: Semua penyertaan virtual run hanya layak menuntut mata CPD di bawah kategori B1 peringkat tempatan sahaja kerana larian dibuat di tempat masing-masing.
Contohnya, London Virtual Run – B1 (local) 2 mata.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)
BAHAGIAN F: LAIN-LAIN
F1. Sekiranya kategori mata CPD bagi sesuatu kursus yang telah diadakan adalah A3 – 10 mata tetapi penganjur meletakkan A3 - 8 mata dalam sijil, adakah wajib untuk penganjur mengeluarkan sijil yang baharu?
Jawapan: Tiada keperluan keluarkan sijil baharu. Pegawai perlu merujuk Sistem Mata CPD bagi Pegawai dan Penolong Pegawai Farmasi KKM sebelum membuat tuntutan mata CPD. Penyelia juga bertanggungjawab memastikan kategori tuntutan adalah tepat.
F2. Pegawai telah menerima skrol / surat / sijil tamat pengajian pada tahun sebelumnya dan tidak sempat tuntut mata CPD pada tahun tersebut. Adakah pegawai boleh tuntut mata CPD pada tahun berikutnya?
Jawapan: Ya. Sekiranya tarikh tamat pengajian ialah pada akhir tahun semasa (November - Disember) dan tidak sempat tuntut mata CPD pada tahun tersebut setelah menerima skrol/ surat/ sijil tamat pengajian, pegawai boleh tuntut mata CPD pada tahun berikutnya di bawah kategori A8.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)
F3. Adakah hanya bidang pengajian yang berkaitan dengan farmasi sahaja dibenarkan tuntutan di bawah A8?
Jawapan: Pegawai yang berjaya menamatkan pengajian PhD/DrPH, Degree, Masters Programs, Postgraduate programmes dan Advanced Diploma dalam bidang pengajian selain bidang farmasi juga turut layak menuntut mata CPD di bawah kategori A8.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)
F4. Bolehkah seorang pegawai yang merupakan Editor / Member of Editorial Board garis panduan yang diterbitkan membuat tuntutan mata CPD bagi kedua-dua kategori A6 dan A10?
Jawapan: Sekiranya nama pegawai tersenarai sebagai Editor / Member of Editorial Board di dalam garis panduan yang telah diterbitkan tetapi pegawai tidak mempunyai surat lantikan sebagai Editor / Member of Editorial Board, pegawai hanya layak tuntut mata CPD di bawah kategori A6 untuk bahan yang telah diterbitkan.
Sekiranya pegawai menerima surat lantikan sebagai Editor / Member of Editorial Board untuk penyediaan garis panduan tersebut, pegawai layak untuk menuntut mata di bawah kategori A10 juga.
Bagi jawatankuasa yang perlu menyediakan garis panduan, AJK boleh menuntut mata CPD sebagai Editor / Member of Editorial Board sekiranya mempunyai surat lantikan bagi tugas tersebut.
(Rujukan: Minit Mesyuarat Pembangunan Profesion Berterusan Program Perkhidmatan Farmasi Bil 1/2023)