Staf

ANTIDOTE QUICK GUIDE (ADULT DOSE)

Garis panduan ini disediakan untuk memudahkan kakitangan kesihatan memberikan respon dengan cepat dan betul. Ia di harap dapat memberi panduan kepada kakitangan kecemasan mengenai penyimpanan, pemilihan, ketersediaan dan penggunaan yang betul agar dapat mengurangkan keracunan dan kecederaan berlebihan mahu pun kematian.

Melayu

Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) di Malaysia 2020

Medicine Prices Monitoring Survey in Malaysia / Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) adalah satu komitmen Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) bertujuan untuk menyediakan maklumat secara menyeluruh tentang ketersediaan, harga dan kemampuan milik ubat di Malaysia. Kajian yang dijalankan sejak tahun 2006 ini memerlukan kerjasama antara sektor kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Pemilihan premis dan ubat-ubatan dalam kajian ini berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Health Action International (HAI).

Melayu

Pencapaian Piagam Pelanggan 2022

Tempoh pencapaian: Januari - Mei 2022

 

Garis Panduan Akreditasi Continuous Pharmacy Education (CPE) di Fasiliti Farmasi KKM Edisi 2 (Terbitan Tahun 2025)

Garis Panduan Akreditasi Continuous Pharmacy Education (CPE) di Fasiliti Farmasi KKM Edisi 2 merupakan penambahbaikan kepada garis panduan yang diterbitkan pada tahun 2018. Dokumen ini bertujuan sebagai rujukan kepada anggota farmasi dalam melaksanakan akreditasi CPE di fasiliti masing-masing, bagi memastikan aktiviti tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan serta memberi manfaat sepenuhnya kepada anggota farmasi.

Melayu

Polisi Operasi Farmasi Ambulatori 2022 (Edisi Kedua)

Dokumen ini menerangkan polisi perkhidmatan yang berkaitan dengan operasi perkhidmatan farmasi ambulatori di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Polisi ini telah dikemaskinikan sejajar dengan perkembangan semasa demi memastikan pelaksanaan perkhidmatan adalah lebih seragam dan menyeluruh di fasiliti kesihatan KKM.

Melayu

Borang-borang Permohonan Berkaitan Penyelidikan

Berikut ialah borang-borang permohonan yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penyelarasan penyelidikan di Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melayu

Persidangan Amalan Farmasi Kebangsaan (PAFK) Tahun 2022

Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/pafk2022

Lokasi/tempat: 
THE EVERLY, PUTRAJAYA
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 21 Jun 2022 hingga Khamis, 23 Jun 2022

PENGUMUMAN : IKLAN UBAT / PERKHIDMATAN KESIHATAN YANG AKAN TAMAT TEMPOH SAH PADA TAHUN 2022

Semua kelulusan iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) pada tahun 2019 akan tamat tempoh sahnya pada 31 Disember 2021.


Semua pengiklan, media penyiaran, pemilik premis, pengendali portal @ media sosial ataupun mana-mana pihak lain yang terlibat dengan penyiaran iklan ubat atau perkhidmatan kesihatan diminta mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan iklan berkaitan tidak lagi disiarkan @ dipamerkan mulai 1 Januari 2022.

Halaman-halaman