Staf

#MedSafetyWeek 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah melancarkan kempen tahunan #MedSafetyWeek kali ke-7 bermula 7 November 2022. Kempen ini akan berlangsung sehingga 13 November 2022 bertujuan untuk menggalakkan anggota kesihatan, syarikat farmaseutikal dan orang awam melaporkan kesan sampingan yang disyaki atau berkemungkinan disebabkan oleh ubat-ubatan dan vaksin, kepada NPRA.

Lokasi/tempat: 
Atas talian
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 7 November 2022 hingga Ahad, 13 November 2022

Permohonan Cuti Belajar 2023/2024

Iklan Permohonan Cuti Belajar Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kepada Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM Sesi Akademik 2023/2024 dibuka bermula 31 Oktober 2022 (Isnin).

Pegawai-pegawai yang berminat boleh melayari laman http://ehlp.moh.gov.my/ untuk membuat permohonan.
Syarat-syarat Program Perkhidmatan Farmasi dan dokumen sokongan boleh didapati di https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/cuti-belajar.html.
 

PENGUMUMAN: GARIS PANDUAN KELULUSAN PENGIKLANAN PRODUK BERDAFTAR

Garis Panduan ini adalah digunakan sebagai rujukan/panduan tentang perkara-perkara yang harus dipatuhi dalam merangka iklan produk ubat berdaftar untuk kelulusan Lembaga Iklan Ubat. Garis Panduan ini akan mengganti Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan kepada Orang Ramai. Tarikh penguatkuasaan garis panduan ini adalah pada 1 Oktober 2022.  

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Lembaga Iklan Ubat di talian 03-78413200 atau melalui emel liu@moh.gov.my.
 

PENGUMUMAN PENTING: PENJUALAN RACUN DALAM MAKANAN HAIWAN DI BAWAH AKTA RACUN 1952

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun dalam makanan haiwan <

Cuti Belajar Penolong Pegawai Farmasi

URUSAN CUTI BELAJAR BAGI PENOLONG PEGAWAI FARMASI DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

Garis Panduan Peminjaman Ubat-ubatan oleh Hospital/Klinik Perubatan Swasta dari Hospital di bawah KKM Semasa Krisis Bekalan Ubat-ubatan di Pasaran Malaysia

Garis panduan ini bertujuan untuk menguatkuasakan pemakaian Panduan Peminjaman Ubat-ubatan oleh hospital/Klinik Perubatan Swasta dari Hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa Krisis Bekalan Ubat-ubatan di Pasaran Malaysia.

Panduan ini adalah untuk rujukan mana-mana Pengamal Perubatan Swasta dari sesebuah hospital atau klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang ingin membuat peminjaman bekalan ubat-ubatan berkaitan isu krisis bekalan ubat di pasaran Malaysia.

Melayu

Halaman-halaman