MAKLUMAN HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BARU

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Ahad, 1 September 2019

HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN PROGRAM PERHIDMATAN FARMASI (PPF), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERKUATKUASA 1 SEPTEMBER 2019.

Pembekalan label keselamatan hologram baru akan dilaksanakan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd bermula pada 1 September 2019 dan harga label keselamatan hologram tersebut adalah RM0.064/unit label.

Tempahan label keselamatan hologram boleh dibuat kepada Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. mulai dari 1 September 2019 dan tempoh pembekalan label keselamatan hologram kepada industri adalah 14 hari dari tarikh pesanan.

Untuk makluman, Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. sedang mengadakan sesi  latihan penggunaan sistem pembelian label  kepada semua pengguna label keselamatan hologram. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak syarikat tentang jadual latihan tersebut dan bagi proses pembelian label keselamatan hologram.

Maklumat syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd adalah seperti berikut:

 

Syarikat                        

: Techno Secure Print Sdn Bhd

Alamat                         

: No. SD30, Jalan KIP 10

  Kawasan Perindustrian Kepong

  52200 Kuala Lumpur

Waktu operasi

: Isnin - Jumaat:  8.30am - 5.30pm

Emel

: info@technosecureprint.com

Talian Khidmat Pelanggan

: 03-6274 6550 / 9550 / 2550

  016-298 8708 / 8062

No. Fax

: 03-6274 7550

 

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai.

Fail-fail muat turun: