AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 2023

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Isnin, 6 March 2023

Pada 1 Mac 2023 sehingga 3 Mac 2023, Program Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (PPF IPKKM) telah menjalani audit pensijilan semula MS ISO 9001:2015 bersama SIRIM QAS Sdn. Bhd. Juru audit yang terlibat adalah Encik Mohd Izhar bin Mohd Zain dan Matron Kamilah binti Abu Shah.

Secara keseluruhan, tahap pematuhan PPF IPKKM terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 adalah baik dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pelanggan terutamanya rakyat Malaysia.

Oleh itu, PPF IPKKM berjaya memperbaharui sijil Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi tempoh 3 tahun sehingga bulan Mac 2026.

Tahniah kepada semua anggota PPF IPKKM yang memberi kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan audit pensijilan semula dan sistem pengurusan kualiti yang berkesan!!!