PENUKARAN MATERIAL LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM FARMATAGTM DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID 19

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Jumaat, 17 April 2020

Pihak Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. akan membekalkan label hologram FarmatagTM dengan material baru iaitu Matt White,Clay Coated Cavitated Polyethylene Film  dalam tempoh pandemic COVID 19. Ini bagi memastikan kelangsungan pembekalan  label keselamatan hologram FarmatagTM tidak terjejas di pasaran.

 

Label Keselamatan Hologram FarmatagTM dengan material lama iaitu Matt Silver Polyester juga adalah sah untuk digunakan. Pihak industri dinasihatkan untuk membuat pembelian label keselamatan hologram sewajarnya dan mengelakkan pembelian secara panik.  Pihak industri boleh berhubung dengan syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd untuk maklumat lanjut.

 

 

Maklumat syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd adalah seperti berikut:

 

Syarikat                        

: Techno Secure Print Sdn Bhd

Alamat                         

: No. SD30, Jalan KIP 10

  Kawasan Perindustrian Kepong

  52200 Kuala Lumpur

Waktu operasi

: Isnin - Jumaat:  8.30am - 5.30pm

Emel

: info@technosecureprint.com

Talian Khidmat Pelanggan

: 03-6274 6550 / 9550 / 2550

  016-298 8708 / 8062

No. Fax

: 03-6274 7550