- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Penjualan Tiga (3) Produk Tidak Berdaftar
Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan mengguna tiga (3) produk tradisional iaitu Goji Plus Capsule, VnG400 dan Promax Capsule yang telah dikesan mengandungi bahan campur palsu seperti yang berikut:-
Bil | Nama Produk (Nombor Pendaftaran Sebelum Dibatalkan) | Pemeganga Pendaftaran | Pegilang | Keputusan Analisis |
---|---|---|---|---|
1 | Goji Plus Capsule (MAL08051654TC) | Gentle Pursuit Sdn Bhd | Solar Victory Sdn Bhd | Thiosildenafil dikesan |
2 | VnG400 (MAL20081810TE) | Solar Victory Sdn Bhd | Solar Victory Sdn Bhd | Noracetildenafil dikesan |
3 | Promax Capsule (MAL08082464TC) | Nature Best Enterprise | Solar Victory Sdn Bhd | Thiodimethylsildenafil dikesan |
Terdapat beberapa indikasi berbeza yang dinyatakan pada label produk seperti digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga, menguatkan tubuh badan dan untuk kesihatan.
Pendaftaran produk-produk seperti tersenarai di atas telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-231 bertarikh 26 Ogos 2010 berikutan pengesanan racun berjadual di dalam produk tersebut. Sildenafil (atau analognya) dan tadalafil (atau analognya) adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
Ubat-ubatan yang mengandungi Sildenafil atau Tadalafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti tekanan darah rendah, pengurangan atau kehilangan pendengaran dan kesan kardiovaskular yang lain. Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produk ini diguna oleh orang yang mempunyai risiko tinggi terhadap kesan advers seperti ini.
Orang awam yang menggunakan produk ini diminta untuk menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika memerlukan maklumat lanjut.
Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk-produk ini dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini untuk jualan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
- 9722 bacaan