Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
HEBAHAN SESI KONSULTASI AWAM BAGI CADANGAN PELAKSANAAN PENANDAAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Dato' Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN SESI KONSULTASI AWAM BAGI CADANGAN PELAKSANAAN PENANDAAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI DI BAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan sesi konsultasi awam bagi cadangan pelaksanaan Inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta serta Farmasi Komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].
Sesi konsultasi ini bertujuan untuk menerangkan cadangan pelaksanaan inisiatif dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan.
Berikutan itu, pihak YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Dato' Seri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk memberikan maklum balas melalui Unified Public Consultation (UPC) bermula 15 Julai 2024 sehingga 20 Ogos 2024 di pautan berikut https://shorturl.at/vQYcb.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi Encik Mohemmad Redzuan bin Mohemmad Rizal (redzuanrizal@moh.gov.my / 03-7841 3625); Puan Wong Shui Ling (shuiling@moh.gov.my / 03-7841 3326) atau Puan Nazariah binti Haron (pfnazariah@moh.gov.my / 03-7841 3323).