- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT MEMBELI & MENGGUNA BAHAN PSIKOTROPIK (KUAT KUASA 2026/2027) DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN RACUN (BAHAN-BAHAN PSIKOTROPIK) 1989 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Senarai IPT Yang Mempunyai MOA Dengan KKM Bagi Latihan Klinikal Pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Diploma Farmasi
- Buku Rawatan Warfarin (Bahasa Tamil / Bahasa Melayu)
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Coffee Table A&P Farmasi 2021-2022
Coffee Table A&P Farmasi 2021-2022 merupakan laporan teknikal komprehensif berkonsepkan sorotan foto-foto yang merekodkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 di Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi (BAPF), Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti dan pencapaian ini adalah usaha berterusan warga BAPF ke arah pelaksanaan pelan tindakan dan pelan strategik Program Perkhidmatan Farmasi 2021-2025 yang menjadi peneraju utama bagi mencapai objektif BAPF iaitu:
- Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
- Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
- Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
Melalui Coffee Table A&P Farmasi 2021-2022 ini, dapat dipaparkan kesungguhan usaha yang berterusan semua warga farmasi di BAPF KKM dan fasiliti-fasiliti KKM dalam mencurahkan tenaga dan keringat melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan amalan farmasi yang terbaik. Semua usaha ini adalah untuk memastikan profesyen farmasi sentiasa di tahap yang tertinggi demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara amnya.
Flipbook Coffee Table ini juga boleh didapati melalui pautan berikut:
https://pharmacy.moh.gov.my/coffeetable_anp/mobile/index.html
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 174.97 MB |
- 508 bacaan




