- Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
KAJIAN ANALISIS KOS DAN FAEDAH PELAKSANAAN MEKANISME HARGA UBAT
Analisis Impak Regulatori (RIA) ialah proses mengenal pasti dan menilai impak pelaksanaan regulatori secara sistematik denganmenggunakan kaedah analisis yang konsisten, seperti kajian analisis kos dan faedah (CBA). RIA adalah keperluan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mana-mana agensi yang bertujuan untuk melaksanakan perubahan regulatori. Hasil RIA bertujuan untuk memaklumkan penggubal dasar tentang kecekapan dan keberkesanan semua pilihan yang ada dan menentukan pilihan yang memberikan kesan optimum yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) komited untuk menjalankan RIA dalam melaksanakan Mekanisme Harga Ubat (MHU) yang bertujuan untuk mengawal harga ubat-ubatan di sektor swasta di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). PPF dengan kerjasama MPC, telah menjalankan CBA untuk menilai kesan ekonomi pelaksanaan MHU. CBA bertujuan untuk mengukur kesan ekonomi pelaksanaan MHU selama 15 tahun ke atas pihak berkepentingan yang terjejas, iaitu kerajaan, pengguna, industri farmaseutikal, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dan penyedia insurans.
| Lampiran | Saiz |
|---|---|
| 1.69 MB |
- 1625 bacaan




