- PENGUMUMAN PENTING: PEMBUKAAN FUNGSI PERMOHONAN BAHARU LESEN/PERMIT TAHUN 2027 YANG ADA PERBEZAAN ALAMAT PREMIS DENGAN LESEN/PERMIT TAHUN 2026
- Aduan Iklan Ubat dan Perkhidmatan Yang Tidak Patuh
- Hazardous Drugs Safe Handling Guide for MOH Facilities Edisi Pertama (2026)
- Manual for Sterile Preparations Edisi Ke-3 (2026)
- Garis Panduan Perkhidmatan Farmakoterapi Kesakitan Edisi Ke-4 (2026)
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PEMBUKAAN FUNGSI PERMOHONAN BAHARU LESEN/PERMIT TAHUN 2027 YANG ADA PERBEZAAN ALAMAT PREMIS DENGAN LESEN/PERMIT TAHUN 2026
- Fungsi ‘Permohonan Pembaharuan’ lesen/permit tidak boleh digunakan untuk permohonan lesen/permit tahun 2027 yang ada perbezaan alamat premis dengan lesen/permit tahun 2026.
- Oleh itu, fungsi ‘Permohonan Baharu’ lesen/permit tahun 2027 di bawah Akta Racun 1952 melalui sistem My.Pharma-C 2.0 kini dibuka bagi pelesen tahun 2026 yang alamat premis bagi tahun 2027 berbeza dengan lesen/permit tahun 2026.
- Pelesen yang terlibat hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
a) Daftar premis baharu dengan klik [Profil Pengguna > Cipta Premis Profil Baru], isi maklumat premis mengikut alamat terkini dan klik Simpan. Sekiranya premis telah wujud dalam sistem, klik [Tambah Premis Sedia Ada].
b) Kemukakan Permohonan Baharu lesen/permit untuk tahun 2027 bagi alamat baharu tersebut melalui [Menu Permohonan Lesen/Permit > Senarai Lesen/Permit].
c) Muat naik semua dokumen sokongan yang berkaitan dengan lengkap, termasuk Lesen Perniagaan Majlis Tempatan (Lesen PBT) dengan alamat terkini, dan hantar permohonan.
d) Teruskan proses permohonan sehingga pembayaran fi permohonan dengan merujuk Manual Pengguna - Permohonan Lesen Baharu.
Manual Pengguna Permohonan BARU
- Pengeluaran lesen/permit tahun 2027 dengan alamat premis yang baharu adalah tertakluk kepada pemeriksaan premis (jika berkaitan). Sebarang pertanyaan berkaitan pemeriksaan premis boleh dirujuk kepada Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri yang memproses permohonan.
- Sekiranya memerlukan panduan lanjut, pelesen boleh merujuk kepada Manual Pengguna Permohonan Baru serta Panduan Kemas Kini Profil Pengguna dan Tambah Premis yang disediakan di laman portal sistem My.Pharma-C 2.0.
- Sebarang pertanyaan teknikal berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh di e-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN FARMASI,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA




