Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Label Keselamatan Hologram FarmaTagTM
Label Keselamatan Hologram FarmaTagTM
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mula memperkenalkan penggunaan hologram pada semua produk farmaseutikal yang berdaftar bermula pada tahun 2005 sebagai salah satu cara bagi membantu pengguna untuk membeli produk farmaseutikal dengan selamat. Bagi tujuan tersebut, KKM telah menggunakan hologram MeditagTM yang dikeluarkan oleh Syarikat Mediharta Sdn Bhd pada tahun 2005 sehingga 31 Ogos 2019. Bermula pada 1 September 2019, KKM telah menggantikan penggunaan hologram MeditagTM kepada hologram FarmaTagTM yang dikeluarkan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd.
Hologram FarmaTagTM ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termaju yang boleh diperhatikan oleh pengguna dan pegawai penguat kuasa farmasi bagi menentukan ketulenan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM. Antara ciri-ciri fizikal yang boleh diperhatikan adalah seperti berikut:
1. Imej hologram
2. Kod QR
3. Perubahan warna biru kepada ungu
4. Nombor siri hologram
5. Nombor pin hologram
6. Warna oren pendarflour
Selain itu, pengguna juga boleh memeriksa ketulenan hologram FarmaTagTM yang terdapat pada kotak produk menggunakan dekoder yang terdapat di semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri. Seiring dengan kemajuan teknologi, ketulenan hologram FarmaTagTM juga boleh disemak secara atas talian dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma daripada Google Play, App Store atau Huawei AppGallery.
Pengguna juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my. Maklumat berkaitan produk berdaftar boleh disemak secara terus melalui laman tersebut. Sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan berhubung perkara ini, sila hubungi:
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200 Faks : 03-79682251
- 24605 bacaan