Seminar Perkongsian Penambahbaikan Inisiatif Kualiti Farmasi 2022

Seminar Perkongsian Penambahbaikan Inisiatif Kualiti Farmasi ini bertujuan;

  • Untuk mengembangkan projek-projek inovasi Farmasi yang telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
  • Untuk berkongsi amalan praktis terbaik (best practice) dan pengalaman kepada fasiliti farmasi KKM seluruh negara.
  • Untuk dijadikan rujukan dalam pelaksanaan projek-projek farmasi KKM di lapangan.
  • Untuk meningkatkan usahasama antara fasiliti farmasi KKM seluruh negara melalui kaedah replikasi sama ada diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan.
  • Untuk menggalakkan seluruh anggota Farmasi KKM membudayakan kualiti.

***

Seminar Perkongsian Inisiatif Kualiti & Inovasi Farmasi Bil. 1/2022 telah dijalankan pada 12 Mei 2022 melalui Persidangan Video Webex dengan kehadiran seramai 383 orang peserta daripada Bahagian/Negeri/Institusi. 

Seminar ini juga mempunyai sesi Pengenalan kepada National Policy for Quality in Healthcare (NPQH). 

Sebanyak 3 projek yang telah mendapat pengiktirafan kebangsaan pada tahun 2021 dikongsikan seperti berikut:

  1. Projek Inovasi: Sistem Pendaftaran Pesakit Farmasi Pandu Lalu Atas Talian Drive - TAG) - Hospital Miri, Sarawak
  2. Projek Inovasi: MyUbat, IPKKM, Selangor
  3. Projek KIK: RELAMed, PKD Kota Tinggi, Johor

Slaid perkongsian projek-projek tersebut boleh dimuat turun melalui pautan Intranet Farmasi:  https://i.pharmacy.gov.my/repo/23268/documents

***

Seminar Perkongsian Inisiatif Kualiti & Inovasi Farmasi Bil. 2/2022 telah dijalankan pada 23 November 2022 melalui Persidangan Video Google Meet dengan kehadiran seramai 246 orang peserta daripada Bahagian/Negeri/Institusi. 

Sebanyak 5 projek yang telah mendapat pengiktirafan kebangsaan pada tahun 2021 & 2022 telah dikongsikan seperti berikut:

  1. Projek KIK: KIK Wassup - PKD Hulu Langat, Selangor
  2. Projek KIK: Safety Needle Disposal (SafeNeeD) – Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Melaka
  3. Projek Inovasi: Portal OncoPP HTJS – Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan
  4. Projek Lean: Meningkatkan Peratus Masa Menunggu Kurang dari 30 Minit di Farmasi Pesakit Luar HRPZII – Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan
  5. Projek QA: Reducing the Heavy Usage of Controlled Antibiotics in Hospital Seberang Jaya - Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang

Slaid perkongsian projek-projek tersebut boleh dimuat turun melalui pautan Intranet Farmasi: https://i.pharmacy.gov.my/repo/24665/documents