- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Projek Inovasi (KIKF 2013)
BIL | PEGAWAI UNTK DIHUBUNGI | TAJUK PROJEK | RINGKASAN |
1 | Dzafarullah b Daud Ketua Pen. Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM | Sistem Pengurusan Integrasi Kawalan Efektif Substan (SPIKES)
| SPIKES merupakan satu sistem pengurusan dan kawalan substan secara web-based yang merupakan satu transformasi kawalan substan di negara ini. Kesemua urusan permohonan dan pengeluaran kebenaran, permit dan lesen substan dijalankan secara atas talian dan maklumat substan yang dijana darinya disimpan, dianalisa dan boleh diakses oleh stake holders SPIKES setiap masa iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
|
2 | Mohammad Nazri b Md. Dazali Ketua Pen. Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM | Kad Methadone 1Malaysia (M1M) Ke Arah Pengurusan Berkualiti Bagi Pesakit Methadone Bergerak
| Sistem kad M1M ini membolehkan pesakit methadone bergerak mendapatkan dos methadone di mana – mana fasiliti methadone yang memaparkan logo Farmasi M1M di seluruh negara. Kad M1M telah dicipta secara teliti dengan ciri keselamatan yang dapat memastikan pesakit yang betul mendapatkan dos methadone yang betul.
|
3 | Rosayu bt Abdul Razak Pembantu Tadbir Kanan N22
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Perak | Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat (TEH SYS 5)
| Sistem TEH SYS 5 merupakan satu pangkalan data yang diwujudkan bagi merekodkan semua maklumat berkaitan tempahan bilik mesyuarat. Proses perekodan data berkaitan tempahan bilik mesyuarat seperti Tempahan Bilik Mesyuarat, Notis Tempahan, Senarai Kehadiran, Pemantauan Kalori Makanan dan Tempahan Pembekal bukan sahaja dapat dilakukan dengan lebih sistematik malah data hanya perlu dimasukkan sekali sahaja (single data entry).
|
4 | Rosayu bt Abdul Razak Pembantu Tadbir Kanan N22
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Perak | BO Air | Satu alat BO AIR telah direka bagi mengurangkan bebanan proses penggantian balang air yang baru. Alat yang berasaskan besi ini mampu menampung berat balang air berisipadu 19 liter ini sendirian. BO AIR dilengkapi dengan rupabentuk mudah dipegang dan roda supaya mudah ditolak daripada tempat simpanan air ke mesin pendispensan air. BO AIR telah dilaraskan mengikut aras ketinggian di tempat simpanan air dan boleh digunakan mengikut ketinggian mesin pendispensan air.
|
5 | Mohd Azaruddin b Azis Ketua Pen. Pengarah Kanan
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, JKWP Kuala Lumpur
| Pangkalan Data Perpustakaan Keluaran | Perpustakaan Keluaran mengumpulkan semua maklumat dan gambar keluaran yang pernah disiasat. Maklumat disimpan dalam pangkalan data Perpustakaan Keluaran. Setiap kali permohonan dibuat, pegawai penyiasat hanya perlu membuat carian dan mengambil maklumat daripada Perpustakaan Keluaran kemudian disalin ke dalam Quest 3.
|
6 | Affarizan bt Sidek Ketua Pen. Pengarah
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Kelantan | Kembara Farmasi Bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ‘Perjalanan Merentasi Pedalaman’
| Pegawai penguatkuasa farmasi menaiki keretapi dari Tumpat ke Gua Musang dan kembali ke Tumpat. Menerusi perjalanan ini, mereka mendampingi pelanggan KTMB untuk menyampaikan maklumat mengenai ubat berdaftar selain menjalankan kajian kesedaran di samping mengedarkan kit kempen di 35 stesen keretapi.
|
7 | Gopinatha a/l Ganesh Pen. Pengarah Kanan
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, WP Labuan | “ Snake And Ladder” | Pendidikan pengguna dibuat menggunakan pendekatan lain iaitu melalui permainan “Snake & Ladder”. Kerajang permainan sebesar 10x10 kaki ini direkacipta dan dicetak menggunakan komputer. Sebanyak tiga hingga lima pasangan ibu/bapa bersama anak di bawah umur 13 tahun dibenarkan mengikuti permainan. Setiap pasangan dibekalkan satu set soalan untuk dijawab sebelum dan selepas permainan. Setiap pasangan dikehendaki menjawab soalan kuiz yang telah disediakan dengan betul sebelum layak melangkah petak. Pasangan pertama yang berjaya menamatkan permainan akan diberikan hadiah di samping hadiah bonus yang diberikan sepanjang permainan.
|
8 | Farhan Akmal b Mohd Taha Pen. Pengarah Kanan
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Selangor
| Bilik Fotografi Digital
| Bilik Fotografi Digital diwujudkan untuk memproses dan mengawal integriti foto digital sepenuhnya. Bilik ini dilengkapi dengan Garis Panduan Piawai, Daftar Kawalan Rekod, set komputer, dry cabinet dan kamera digital.
|
9 | Hafizah bt Ismail Pen. Pengarah
Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Sarawak
| Sistem Sampelan Zon Borneo | Sistem ini dibangunkan secara atas talian bagi memudahkan para pegawai mendapatkan dan memasukkan maklumat. Ianya di kawal oleh seorang web master dan setiap negeri mempunyai seorang state administrator yang boleh menyelenggara data di dalam sistem tersebut. Setiap pegawai akan diberikan satu kata laluan untuk mengakses sistem ini pada bila-bila masa. Satu tatacara prosedur pengambilan gambar juga telah diwujudkan. |
10 | Ung Yew Jye Peg. Farmasi U41
Hospital Labuan, WP Labuan | KITS (Keep It Safe)
| Bagi meningkatkan tahap kefahaman orang awam/ pesakit tentang cara penyimpanan ubat yang betul dengan kaedah yang lebih menarik, KitS telah direkacipta dan digunakan di dalam aktiviti-aktiviti PUB-P. KitS ialah keratan rentas yang menunjukkan semua ruangan di dalam sebuah rumah. KitS yang dicetak di atas kadboard bersaiz A4 ini dilengkapi dengan butang BETUL (√) dan SALAH (X). Orang awam boleh melekatkan butang BETUL (√) di ruang-ruang dalam rumah tersebut bagi tempat-tempat yang selamat untuk menyimpan ubat dan sebaliknya. Pada masa yang sama, kakitangan farmasi akan mengambil kesempatan ini untuk memberi penerangan yang lebih terperinci tentang cara penyimpanan ubat yang betul.
|
11 | Ummi Kalsum bt Lambak Peg. Farmasi U44
Hospital Melaka | Pharmkids | PHARMKIDS adalah carta pendosan ubat sirap paracetamol yang mesra pelanggan di mana terdapat maklumat berkaitan dos dalam sukatan mg dan ml mengikut berat badan. Terdapat penanda dos yang berfungsi untuk memudahkan sukatan ubat berdasarkan berat badan pesakit.
|
12 | Rizwan b Ramli Peg. Farmasi U44
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan | Locker4u | Sebanyak 80 unit loker berkunci yang dinamakan sebagai "Locker4u" telah diwujudkan di pintu utama Farmasi Pesakit Luar sebagai salah satu VAS. Pesakit yang berminat dan memenuhi kriteria perkhidmatan ini akan mendapat kunci dan loker persendirian seterusnya mendapat kemudahan untuk mengambil ubat yang disediakan di loker pada bila-bila masa.
|
13 | HIdayah bt Mizan Peg. Farmasi U41
Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan | Penggunaan Stiker LOU Untuk Mengelakan Pembaziran Kerana Ubat Luput
| Stiker LOU ini direka bagi memastikan semua produk yang tergolong dalam kategori LOU sama ada di unit farmasi/stor integrasi/sub stor unit dan wad sentiasa dipantau oleh semua kakitangan hospital. Stiker LOU akan dilekatkan pada DO (Delivery Order) dan setiap bungkusan produk LOU sebelum disimpan dan diedarkan ke sub stor. Ubat yang dibekalkan dengan stiker LOU ini perlulah dipantau dan dihantar semula ke Stor Integrasi 3 bulan sebelum tarikh luput kerana pertukaran produk dengan pembekal akan dibuat sebelum tarikh luput produk tersebut.
|
14 | Norazli Syarifah bt Aziz Peg. Farmasi U44
Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu | INSUKES (Kotak Insulin) | Insukes diperkenalkan pada hujung tahun 2012 selepas mendapat persetujuan Ketua Jabatan Farmasi. Projek ini menetapkan setiap pesakit kencing manis dibekalkan kotak berais dengan insulin diletakkan di dalamnya. Untuk tarikh temu janji akan datang, pesakit hendaklah membawa semula kotak tersebut bagi tujuan pengisian semula insulin.
|
15 | Sui Chee Fai Peg. Farmasi U44
Klinik Kesihatan Luyang, Sabah | Sistem Perekodan Perkhidmatan Berhenti Merokok Microsoft Access (SIPP-MA)
| SiPP-MA adalah sistem perekodan yang menggunakan perisian Microsoft Access yang ringkas dan mudah digunakan. Setiap data pelanggan yang ditulis dalam rekod pelanggan akan dipindah masuk ke dalam SiPP-MA. Perekodan dalam SiPP-MA merangkumi 3 komponen iaitu borang pendaftaran, borang pemonitoran dan borang rawatan pelanggan seperti yang digariskan dalam Manual Prosedur Operasi Piawai PBM, Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
16 | K. Heygaajivan Kernas Peg. Farmasi U41
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan | My Blue Book | My Blue Book integrates the MOH formulary which can be downloaded from the website pharmacy.gov.my. The integrated data included Generic name, Trade name, Drug category, MDC code, drug indication and Dosage which is tailored to the current practices of healthcare professionals in Malaysia. Users can search for a specific medication simply by searching the generic or trade name. This application is available in Google Play Store by searching the keyword “My Blue Book”.
|
- 9982 bacaan




