Protokol Haemophilia Medication Therapy Adherence Clinic (HMTAC), Edisi Ke-2

Protokol ini merupakan pengemaskinian kepada edisi pertama yang diterbitkan pada tahun 2012 bagi penyeragaman pelaksanaan perkhidmatan Haemophilia Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) di semua fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dokumen ini berfungsi sebagai panduan kepada pegawai farmasi dalam aspek penilaian pesakit, pengurusan terapi penggantian faktor dan  pendidikan pesakit. Berpandukan aliran kerja yang sistematik dan standard, protokol ini bertujuan mengoptimumkan hasil terapeutik, meningkatkan pematuhan terhadap rawatan serta mengurangkan risiko komplikasi pendarahan. Pengemaskinian ini turut mengambil kira bukti klinikal dan amalan terkini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang konsisten dan berkualiti di semua fasiliti KKM.

Kategori dokumen: 
Bahan penerbitan
Fail-fail muat turun: 
LampiranSaiz
PDF icon Protokol HMTAC 20266.62 MB