Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi

Lembaga Farmasi Malaysia telah menetapkan keperluan untuk lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) sebagai salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi.

KATEGORI PEMOHON

Graduan/pelajar farmasi dari universiti yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang berikut layak memohon untuk menduduki PKUMF:

  1. Graduan berwarganegara Malaysia atau pemegang kad berstatus penduduk tetap (MYPR) di Malaysia yang ingin memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP).
  2. Ahli Farmasi berwarganegara Malaysia atau pemegang kad berstatus penduduk tetap (MYPR) di Malaysia yang telah berdaftar di luar negara dan ingin berdaftar di Malaysia sebagai Ahli Farmasi Berdaftar Penuh (FRP)
  3. Ahli Farmasi bukan warganegara Malaysia yang telah berdaftar di negara asal dan telah memenuhi syarat-syarat bagi Pendaftaran Sementara dengan LFM (rujuk https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/permohonan-pendaftaran-sementara-ah...
  4. Pelajar farmasi berwarganegara Malaysia atau pemegang kad berstatus penduduk tetap (MYPR) di Malaysia dan sedang berada di tahun ketiga dan tahun akhir (tahun 4)

 

Syarat Tambahan bagi pemohon yang memegang kad berstatus penduduk tetap (MYPR) di Malaysia untuk menduduki PKUMF adalah seperti berikut:

  1. Telah lahir di Malaysia
  2. Telah mendapat pendidikan rendah dan menengah sepenuhnya di Malaysia sekurang- kurangnya sebelas (11) tahun
  3. Merupakan graduan/pelajar universiti yang diiktiraf oleh LFM

FORMAT PEPERIKSAAN

  1. Terdapat sebanyak 100 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dalam bentuk “open book format”.
  2. Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.
  3. Peperiksaan ini menggunakan negative marking system seperti berikut:

a) Markah lulus adalah 50%.

b) Empat (4) pilihan jawapan diberi – A, B, C atau D

c)  0.25 markah akan ditolak bagi setiap jawapan yang salah.

d) Bagi soalan yang tidak dijawab, tiada markah yang akan ditolak.

 

RUJUKAN UNTUK PEPERIKSAAN

Bahan rujukan yang digunakan sebagai sumber rujukan untuk peperiksaan:

  1. Malaysian Laws on Poisons & Sale of Drugs seperti berikut:
    • Poisons Act 1952 & its Regulations (ILBS publication dated 20th October 2023 onwards)* 
    • Sale of Drugs Act 1952 & its Regulations
    • Registration of Pharmacists Act 1951 & its Regulations
    • Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 & its Regulations
  2. Dangerous Drugs Act 1952 and its Regulations
  3. Code of Ethics for Pharmacists 2018
  4. Guidance on the Code of Ethics for Pharmacist 2018
  5. Malaysian National Medicine Policy 4th Edition 2022-2026
  6. Framework for Good Governance in the Public Pharmaceutical Sector

*Pindaan berkaitan Peraturan-peraturan Racun 2025 [P.U(A)155/2025] dikecualikan bagi peperiksaan sesi November 2025

TARIKH PEPERIKSAAN KELAYAKAN UNTUK MENGAMAL FARMASI 2026

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi ditetapkan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun. Takwim peperiksaan bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Buka Permohonan

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh Keluar Keputusan Peperiksaan

17 Mac 2026

(Selasa)

1 Januari 2026

30 Januari 2026

(Jumaat)

24 April 2026 (Jumaat)

29 Julai 2026 (Rabu)

1 Mei 2026

29 Mei 2026 (Jumaat)

28 Ogos 2026 (Jumaat)

25 November 2026 (Rabu)

1 September 2026

30 September 2026

(Rabu)

24 Disember 2026

(Khamis)

 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas berhubung Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi boleh diajukan kepada:

  1.  Puan Datcayani a/p Ramadoo, 03-78413317datcayani@moh.gov.my
  2.  Puan Azlira binti Ilias03-7841 3319,  azlira@moh.gov.my