PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 27 Ogos 2026

  1. Permohonan Pembaharuan (Tahun 2027) Lesen/Permit di bawah Akta Racun 1952 melalui sistem My.Pharma-C 2.0 akan dibuka bermula 1 September 2026. Pemohon dinasihatkan mengemukakan permohonan pembaharuan lesen/permit sebelum 16 Disember 2026 bagi memastikan lesen/permit bagi tahun 2027 dapat diluluskan sebelum 1 Januari 2027.
  2. Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms.
  3. Pelesen yang memegang lesen/permit bagi tahun 2026 yang masih berkuat kuasa boleh membuat permohonan pembaharuan dengan log masuk ke akaun masing-masing dalam sistem My.Pharma-C 2.0. Klik pada [Menu Permohonan Lesen/Permit > Senarai Lesen/Permit > Senarai Permohonan > Butang Pembaharuan/Renewal] pada lesen/permit tahun 2026 yang telah diluluskan dalam akaun masing-masing dalam sistem untuk membuat permohonan pembaharuan lesen/permit termasuk fi permohonan.
  4. Sekiranya memerlukan panduan lanjut, pelesen boleh merujuk kepada Manual Pengguna Permohonan Pembaharuan serta Panduan Kemas Kini Profil Pengguna dan Tambah Premis yang disediakan di laman portal sistem My.Pharma-C 2.0.
  5. Permohonan pembaharuan lesen/permit hendaklah dikemukakan sebelum tamat tempoh lesen/permit tahun 2026, iaitu selewat-lewatnya 31 Disember 2026. Selepas tarikh tersebut, lesen/permit tahun 2026 akan tamat tempoh dalam sistem dan sebarang permohonan lesen/permit bagi tahun 2027 hendaklah dikemukakan sebagai permohonan baharu.
  6. Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh die-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my

Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.