Awam

Senarai Inisiatif Kualiti Farmasi yang Pernah Menerima Pengiktirafan di Peringkat Program / Kementerian / Kebangsaan / Antarabangsa

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan mengiktiraf anggota farmasi di seluruh negara yang aktif dalam menjalankan aktiviti inisiatif kualiti seperti Inovasi, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Quality Assurance (QA) dan sebagainya. 

Kaedah Best Practice Sharing digunakan bagi berkongsi idea dan menggalakkan fasiliti untuk mengadaptasi inisiatif yang bersesuaian di tempat masing-masing. Di samping itu, ia dapat mengelakkan pengulangan idea sedia ada, sekaligus dapat menggalakkan percambahan idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif bagi menghasilkan lebih banyak inisiatif bagi memanfaatkan rakyat dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan.

Arahan Penyeragaman Tawaran Bonus dan Harga Jualan kepada Farmasi Komuniti, Klinik dan Hospital Swasta

Arahan administratif kepada semua syarikat pengeluar dan pembekal ubat-ubatan dan farmaseutikal mengenai penyeragaman tawaran bonus dan harga jualan ubat-ubatan kepada farmasi komuniti, klinik dan hospital swasta. 

Melayu

Panduan Umum Permohonan Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor

Panduan umum ini adalah terpakai bagi syarikat yang memohon Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor (tahunan dan juga tambahan) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan ini menerangkan proses permohonan, syarat-syarat pemohon dan permohonan, serta borang-borang yang perlu dilengkapkan. 

 

Melayu

Panduan Penggunaan Ubat-ubatan yang Mengandungi Unsur Tidak Halal

Garis panduan ini disediakan untuk memberikan panduan kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit bagi menggunakan ubat-ubatan mengandungi sumber-sumber tidak halal atau bertentangan dengan syariat Islam.

Melayu

Permohonan Pendaftaran Sementara Ahli Farmasi dengan Lembaga Farmasi Malaysia

Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ke-114 telah menetapkan kriteria baru bagi pendaftaran sementara dengan LFM. Untuk berdaftar dan mengamal di Malaysia, LFM hanya membenarkan ahli farmasi bukan warganegara yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Yang berkahwin dengan warganegara Malaysia

dan mereka perlu memenuhi tiga (3) syarat berikut:

Garis Panduan Pemantauan dan Penyeliaan Pembekalan Stok Methadone Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Fasiliti Swasta

Dokumen ini disediakan sebagai panduan bagi pemantauan dan penyeliaan stok methadone KKM yang dibekalkan ke fasiliti swasta

Melayu

Halaman-halaman